PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Friday, 21 June 2013

MODEL PENGAJARAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Konsep Pengajaran

Apakah yang anda faham dengan pengajaran? Sejauh manakah anda telah memperolehi daripada guru anda? Tugas guru ialah mengajar. Lantaran itu, pengajaran boleh dihuraikan sebagai menyalurkan penegetahuan, kemahiran dan nilai kepada kumpulan sasaran yang dipanggil pelajar atau murid agar mereka dapat berfungsi dengan baik dalam dunia ini.

1.2 Model Pengajaran Dan Implikasinya Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran

i) Ekspositori

Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan yang bermakna untuk mempamerkan dan melaksanakan. Dalam konsep pengajaran, ekspositori berkaitan dengan tindakan guru, membekalkan fakta, idea dan maklumat penting yang lain kepada murid. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin emnayampaikan konsep ‘pelancongan di Malaysia’ menggunakan strategi ekspositori, anda mungkin akan mempamerkan peta tentang destinasi tarikan pelancong, gambar, brosur dan sebagainya untuk menyokong penjelasan anada. Dalam contoh ini, anda sebagai guru, telah memberi penjelasan dengan menggunbakan data, media dan sumber maklumat yang lain. Pengajaran ekspositori boleh dan seharusnya melibatkan murid, melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti pembelajaran yang mencabar yang mampu membina kemahiran pemikiran kritikal. Tujuan pengajaran ekspositori adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran daripada orang yang tahu ( misalnya guru dan buku teks ) kepada mereka yang tidak tahu.   

 2.0 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Pendekatan pemerosesan maklumat bergantung kepada computer sebagai model untuk pembelajaran manusia. Seperti computer, otak manusia menerima maklumat, melakukan operasi terhadap maklumat tersebut agar dapat mengubah bentuk dan kandunagan,l menyimpan maklumat, mengeluarkannya apabila perlu dan melaksanakan tindakbalas terhadapnya. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau merekod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan. Semua proses ini dikawal dengan ‘program’ yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui system.

Ramai orang membandingkan system pemerosesan maklumat manusia dengan komponen komputer. Maklumat direkod atau dimasukkan, disimpan secara sementara dalam ‘ruang kerja’ dan disimpan dalam simpanan jangka panjang. Setelah disimpan, maklumat diperoleh kembali ke dalam ‘ruang kerja’ untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah.

Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana maklumt disimpan atau dipindahkan. Sementara anak panah menunjukjkan pengaliran maklumat. Kotak di atas rajah mewakilki proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem berkenaan.

Langkah pertama dalam model proses maklumat, bermula apabila satu atau lebih deria kita ( pendengaran, penglihatan dan sebagainya ) menerima rangsangan dari dunia luar. Sensori ini disimpan untuk seketika dalam daftar sensori. Di mana sensori itu, dikanlpasti atau dilihat – misalnya kita lihat seekor kucing atau mendengar nama kita.

Sensori yang menganal yang menganalpasti rangsangan akan seterusnya memnidahkan rangsangan tersebut keingatan jangka pendek, iaitu tempat simpanan yang mempunyai ruang yang terhad. Inatan janka pendek juga berfungsi sebagai working memory yang menyimpan apa yang sedang kita fikirkan pada sesuatu pada masa tertentu – maklumat yang diaktifkan.

Dengan sedikit pemikiran dan pemprosesan, mnaklumat boleh dipindahkan keingatan jangka panjang. Apabia kita memerlukan maklumat dari ingatan jangka panjang kita akan mencarinya. Adakalanya, pencarian itu dilakukan secara sedar, seperti ketika anda melihat kawan menghampiri anda dan anada mencari namanya dalam ingatan anda. Pada ketika lain, lokasi dan penggunaan maklumat dari ingatan jangka panjang adalah automatik. Seperti ketik anada menelefon, anda tidak perlu berfikir dan mencari sebelm melakukan setiap langkah dalam proses berkenaan. Maklumat dalam jangka panjang, lazimnya tampil dalam working memory dan bergabung dengan maklumat baru yang diterima untuk membantu kita memberi makna kepada situasi semasa.

Anda boleh menganggap ingatan jangka panjang sebagai para besar yang dipenuhi alat dan bekalan yang boleh dibawa ke tempat kerja ‘working memory’ untuk mencapai sesuatu tugasan. Ingatan jangka panjang menyimpan banyak maklumat, tetapi mungkin sukar untuk mencari maklumat yang kita hendaki dalm masa yang singkat. Tempat kerja adalah kecil, tetapi apa yang ada dalmnya dapat diperoleh serta merta. Oleh sebab tempat kerja ini kecil cebisan maklumat kadang kala hilang apabila tempat kerja mengandungi maklumat yang melebihi hadnya ( Gagne, 1985 )

Elemen terakhir model pemerosesan maklumat adalah kawalan eksekutif. System ini memantau dan mengarah kesemua proses, daripada peringkat memberi tumpuan sehingga peringkat mencari maklumat yang dipelajari satu masa dahulu. Kembali kepada analogi bilik kerja kita, proses – proses kawalan eksekutif tersebut diatas membolehkan anda memfokus perhatian anda kepada maklumat baru dalam working memory dan  menentukan apa yang anda perlu daripada simpanan ingatan jangka panjang untuk menyelesaikan sebarang masalah. Sepanjang masa working memory akan memimpin pencarian untuk maklumat yang diperlukan.


Dengan menggunakan model pemerosesan maklumat, Gagne menerangkan bahwa maklumat akan melalui beberapa siri trand\formasi apabila ia melalui ketiga – tiga peringkat ingatan iaitu daftar sensori, ingatan jangka pandek dan ingatan jangka panjang. 

2.1 Model Inkuiri

Inkuiri bermaksud menanya soalan, mencari maklumat atau menjalankan penyiasatan. Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatka murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyususun dan untuk menguji hipotesis dan membuat inferens dan kesimpulan. Ia merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan.

 Teknik inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah. Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jamatau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik penyelesain masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John  Dewey.

Terdapat lima langkah inkuiri;
  1. mendefinisikan masalah
  2. membentuk hipotesis
  3. mengumpul data
  4. menilai bukti – menganalisis dan menafsir data
  5. membentuk kesimpulan
Antara kebaikan model inkuiri adalah arahan kendiri, memajukan kemahiran pemikiran keritikal dan kemahiran pemikiran aras tinggi. Inkuiri bersifatkan murid dimana murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Ia menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan yang berkaitan. Perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenal pasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi. Terdapat pelbagai model inkuiri antaranya Model Inkuiri Sains, Model Inkuiri Juris Prudential, Model Inkuiri-Penemuan dan sebagainya.

 2.1.1 Model Inkuiri Sains
Ia melibatkan proses inkuiri yang bersifat saintifik. Kaedah-kaedah berbentuk saintifik digunakan digunakan bagi melibatkan diri murid untuk menyelesaikan sesuatu pemasalahan dan persoalan.

Antara langkah model inkuiri sains;
  • Mengenal pasti masalah
  • Mencari maklumat rumusan
  • Membuat hipotesis
  • Menguji Hipotesis
  • Menilai dan membuat rumusan
 2.1.2  Model Inkuiri Juris Prudential

proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu. Sesuatu masalah didebat bagi mendapatkan cara penyelesaian terbaik. Inkuiri juris prudential ini terbahagi kepada:

  • Inkuiri terbimbing
             guru membimbing murid-murid sebelum semasa dan selepas
             menjalankan semua proses kajian. Ia sesuai untuk murid sekolah rendah         
             dan sekolah menengah rendah

  • Inkuiri terbuka
  murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan semasa proses kajian. Dan   
  ia sesuai untuk pelajar sekolah menengah atas dan lebih tinggi

2.1.3 Model Inkuiri – Penemuan

Ia merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui.Model inkuiri ini memerlukan kemahahiran-kemahiran membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang utama untuk membentuk satu generalisasi yang diharapkan.

Langkah-langkah Model Inkuiri – Penemuan ialah;
  • Mengenalpasti topik kajian
  • Merancang strategi penyelesaian
  • Mengumpul maklumat yang berkaitan
  • Mengkaji dan menganalisis maklumat
  • Membual generalisasi atau rumusan
 2.2 Implikasi Model Inkuiri Dalam Proses Pengajaran

  • Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.
  • merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun teori  dengan jelas dan teperinci
  • membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang tepesong daripada objektif pelajaran
  • menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan
Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar. 

 3.0 TEORI PEMBELAJARAN LANGSUNG

Pembelajaran langsung merupakan satu kaedah pembelajaran yang berorientasikan matlamat dan distruktur oleh guru. Kaedah pembelajaran ini sesuai sekiranya setiap pelajar perlu untuk memahami dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh kemahiran-kemahiran untuk menyelesaikan permasalahan matematik. Pembelajaran langsung adalah tidak sesuai jika pembelajaran memerlukan aktiviti penyiasatan dan penemuan. Contoh bagi mata pelajaran sains yang memerlukan kajian ataupun eksperimen untuk membuktikan kasahihan sesuatu projek yang dilakukan.

3.1 Langkah-Langkah Dalam Pengajaran Langsung

Diantara lanfkah-langkah yang terdapat dapat pengajaran langsung ialah, guru memberitahu objektif pembelajaran berorientasikan pelajar – hasil pembelajaran yang dikehendaki dan faedah pembelajaran tersebut kepada pelajar. Selain daripada itu, guru juga akan meninjau prasyarat yang diperlukan untuk memahami tajuk yang hendak diajar kepada murid-muridnya manakala guru juga akan membentang bahan baru yang merupakan pengajaran sebenar contohnya seperti membentang  maklumat, memberi contoh dan membuat demonstrasi kepada murid-murid. Guru melaksanakan penyiasatan pembelajaran (learning probes) disamping memberikan peluang untuk pelajar mempraktikan sendiri kemahiran dan konsep yang baru mereka perolehi. Selepas itu, guru seterusnya meninjau perlakuan pelajar mempraktik sendiri kemahiran baru dengan memberi  latihan atau kuiz sebagai peneguhan dan guru beri peluang pelajar praktis konsep dan kemahiran baru dengan memberi latihan.

Menurut KENNY (1980) sesuatu pembelajaran langsung itu mestilah mempunyai kompenen-kompenen seperti:

Matlamat jelas. Matlamat jelas bermaksud sesuatu yang hendak diajar oleh guru tersebut perlulah mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya jika guru itu mengejar subjek kajian tempatan. Guru perlulah tahu apa matlamat yang ingi disampaikan melalui subjekk yang ajarinya, contohnya melalui subjek kajian tempatan salah satu matlamat ialah berkenaan dengan alam sekitar dan sebagainya. Selain daripada itu masa juga perlulah mengcukupi bagi guru dalam melaksanakan proses p & p. sesuatu isi yang hendak disampaikan mestilah luas. Hal ini kerana dengan penyampaian isi yang luas pemikiran murid dapat dirangsang seterusnya murid dapat menjana idea dengan sendiri. Guru juga perlu sedar mengenai soalan yang dibuat adalah mengikut tahap murid. Pastikan tindak balas murid berkeadaan segera dan matlamat pengajaran hendaklah berada di bawah kawalan guru.

Menurut HUITT (1996) beliau berpendapat, melalui pembelajaran langsung, guru akan dapat  mengajaran melalui satu pembentangan yang efektif. Selain daripada itu guru juga Dapat menarik tumpuan pelajar agar memberikan sepenuh tumpuan semasa proses p&p berlangsung. Guru dapat dedah isi kandungan dengan lebih langjut, hal ini murid akan lebih memahami isi kandungan yang dipelajari. Disamping mengajar, guru boleh memberi penyerapan nilai2 motivasi kepada muridnya. Ilmu yang disampaikan guru juga bersesuaian dengan murid, penerangan lebih tersusun, banyak contoh digunakan guru untuk menambah kefahaman murid. Dan akhir sekali guru akan menguji kefahaman murid.

3.2 Implikasi Teori Pengajaran Langsung

Murid lebih memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Dengan memilih bahan yang sesuai mengikut tahap intelektual. Murid tidak akan rasa terbeban akan ilmu yang dipelajarinya dan penguasaan terhadap ilmu murid menjadi lebih kompleks.

4.0 PEMBELAJARAN MASTERI

4.1 Definisi Pembelajaran Masteri

            Menurut Bloom (1968), pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam suatu perkara yang diajar. Pembelajaran masteri juga berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

            Manakala munurut Anderson dan Block (1975), pembelajaran masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten . Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.

            Pembelajaran masteri boleh disimpulkan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Pembelajaran masteri wajar dilaksanakan kerana murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza mengikut keupayaan masing-masing. Malahan juga, murid memerlukan pendekatan pembelajaran yang sesuai dan berkesan di dalam kelas. Serta, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan oleh guru di dalam kelas.

4.2 Prinsip Asas Dalam Pembelajaran Masteri

            Terdapat empat prinsip-prinsip asas di dalam pembelajaran masteri ini. Yang pertama ialah, murid-murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. Ini membolehkan murid-murid mempelajari segala isi kandungan yang dipelajari. Yang kedua, pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya murid –murid mudah menguasai subjek tersebut. Secara tidak langsung, ini dapat memberi kefahaman kepada murid-murid.

            Yang ketiga pula, murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan. Guru perlu menyusun masa dengan teliti untuk memberi masa yang mencukupi bagi murid-murid menguasai unit-unit kecil pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah, arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas. Ini memberi kemudahan kepada pelajar untuk memahami isi kandungan pengajaran guru.

 4.3 Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
    Pembelajaran masteri mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya ialah hasil pembelajaran perlu ditentukan. Guru perlu menentukan matlamat pembelajaran sebelum memulakan pengajaran di dalam kelas. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Guru juga perlu menyusun aras kesusahan supaya memudahkan murid-murid menguasai unit-unit kecil dalam pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik  dan menggembirakan. Bersesuaian dengan peringkat tumbesaran pelajar, mereka gemar kepada benda-benda yang menarik minat mereka. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan kepada pemahaman mereka terhadap pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

       Pembelajaran masteri juga mempunyai penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK). Ini merupakan salah satu ciri-ciri pembalajaran masteri. Ujian penilaian ini dilaksanakan berujuan untuk mengetahui aras pemahaman murid-murid terhadap pengajaran yang telah dilaksankan oleh guru. Guru perlulah menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan di dalam pengajaran. Ini bertujuan supaya isi kandungan pengajaran guru tidak terpesong dan songsang.

            Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Dengan adanya ujian penilaian, guru bolehlah mengetahui tahap pemahaman murid-murid terhadap isi pengajaran. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. Ini membolehkan pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran boleh mengikuti pembelajaran di dalam kelas khas. Ia bertujuan supaya murid tersebut tidak ketinggalan jauh dalam pembelajaran berbanding rakan-rakannya. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri. Latihan diberikan oleh guru kepada pelajar yang telah mencapai aras masteri.

4.4 Langkah-langkah Pembelajaran Masteri

            Bagi melaksanakan Pembelajaran Masteri, guru-guru perlulah mengikuti empat langkah yang telah disediakan bagi memudahkan guru tersebut menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara langkah-langkah yang perlu diikut ialah :

a) Penentuan hasil pembelajaran.
b) Pengajaran dan pembelajaran.
c) Penilaian.
d) Tindakan susulan.

 4.4.1 Penentuan Hasil Pembelajaran
             Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan bagi mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai sesuatu perkara sebelum berpindah kepada perkara yang baru. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. Guru perlu memberi penekanan kepada apa yang perlu pelajar kuasai di dalam sesuatu subjek. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar. Ini memudahkan menarik minat pelajar untuk belajar dan memberi pembaharuan kepada aktiviti pengajaran guru. Secara tidak langsung, ia membantu membina ujian formatif dan sumatif.

            Hasil pembelajaran dinyatakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran yang telah diberikan oleh guru. Guru hanya perlu mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hasil pembelajaran dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Guru harus mengajar pelajar mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

4.4.2 Penentuan Pengajaran Dan Pembelajaran

            Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil kira perkara-perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid adalah berbeza-beza. Ini bermakna, guru harus memahami kebolehan setiap murid di dalam kelasnya. Oleh yang demikian, guru perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, ini dapat memberi faedah kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Guru juga harus menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti komputer riba, projektor, bahan bantu mengajar dan sebagainya di dalam aktiviti pengajaran. Guru harulah menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

      Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kaedah dan bahan pengajaran perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran. Secara tidak langsung, ia juga memberi kemudahan kepada guru tersebut. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. Ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam  kepada murid-murid.

         Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Di dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan ialah seperti penerangan, penjelasan, memberi nota, demonstrasi dan sebgainya. Manakala, di dalam pendekatan berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan ialah seperti bercerita, bacaan, latih tubi, inkuiri penemuan, sumbang saran, projek dan sebagainya.

4.4.4 Penilaian

            Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam pembelajaran masteri bertujuan untuk mengesan pencapaian murid di dalam pembelajaran. Ia juga bertujuan mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah di dalam pembelajaran. Guru boleh mengenal pasti para pelajar sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai sepenuhnya. Secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti sebab-sebab kelemahan murid di dalam sesuatu unit pembelajaran. Seterusnya, guru dapat menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

            Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK). Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

            Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu di dalam kelas guru bertanya terus kepada murid-murid. Ia juga boleh dilakukan semasa sesuatu unit pemmbelajaran dan yang terakhir iaitu selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun. Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid.

 4.4.5 Tindakan Susulan

            Tindakan susulan dalam pembelajaran masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Aktiviti susulan ini bertujuan memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Hal ini dapat memberi kesan negatif kepada pelajar tersebut di dalam pembelajarannya. Ia juga bertujuan memperkukuhkan  dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.

            Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan iaitu pengukuhan dan pengembangan ataupun senang dikenali sebagai latihan. Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Antara contoh aktiviti pemulihan mengajar semula mengguna kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, mempermudah dan mempelbagaikan latihan dan sebagainya.

            Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengembangan.

             Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan ialah memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota dan banyak lagi.

            Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan ialah membuat projek, membuat tugasan dan membuat kajian. Dalam menjalankan aktiviti pengembangan kemahiran yang boleh dipertingkatkan adalah : membuat pemerhatian, mengumpul data, mengakses maklumat, membanding, mengklasifikasi, meringkas, merekod, mentafsir, membuat keputusan, membuat andaian, menganalisis, melapor dan menyelesaikan masalah.

Sunday, 16 December 2012

MASALAH – MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH


1)     KRITIKAN

& Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi.

& Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri sahaja.

2)     MELABEL MURID

& Guru yang melabel murid dengan pelbagai nama seperti “si malas”, kaki ponteng dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi.

& Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap.

3)     MEMBERI ARAHAN

& Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan boleh menghalang komunikasi.

4)     ANCAMAN

& Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagai amaran jika tidak menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi yang terbuka.

5)     MEMEK MUKA

Memek muka gruu yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk bertanya atau memberi jawapan.
Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik.

6)     KEKURANGAN PERHATIAN

& Guru yang sentiasa duduka dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadapa jwapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi.

7)     BAHASA

& Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku.
1)     KELAJUAN

& Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak dapat mengikuti logik penerangan yang diberi guru.

& Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya.

2)     KEKURANGAN PERSEDIAAN

& Persediaan yang kurang rapi boleh mneyebabkan kekliruan ketika penyampaian pelajaran dijalankan.

& Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui.

& Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku.

3)     AKTIVITI PEMBELAJARAN KURANG MENARIK

& Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan, murid-murid enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguan-gangguan yang lain.

& Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.


CARA –CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH[1]

1)     Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran.

* Ini membolehkan setiap murid mendengar mudah serta jelas. Selepas itu, barulah murid-murid digalakkan untuk bertanya.

2)     Elakkan daripada mengkritik idea murid yang kurang tepat.

* Cuba baiki jawapan yang dianggap kurnag sesuai.

3)     Elakkan daripada melabel murid dengan kata-kata berbentuk negatif.

* Melalui cara ini, murid akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujah-hujah.

1)     Galakkan perundingan.

* Murid bertendensi untuk memberontak jika guru memberi arahan.
* Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila muird-murid di ajak berunding.

2)     Tunjukkan memek muka yang berseri ketika murid sedang cuba mnejawab atau menyoal.

* Keadaan seperti ini mewujudkan suasana yang selesa bagi murid yang mneyertai perbincangan.

3)     Berikan perhatian penuh ketika murid sedang menjawab atau menyoal.

* Perhatian penuh guru akan mendorong murid untuk terus berinteraksi dengan guru.

4)     Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan murid.

* Ini akan memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru.

5)     Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa muridmurid.

* Bagi murid-murid yang lemah, kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan.





Sunday, 18 December 2011

PENGURUSAN BILIK DARJAH DINAMIK

Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan

campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya

termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah

sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang

terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang

guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada

pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,

kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan,

kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan

pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling

dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK).

Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru

berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil

pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai

penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik

darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan

pengurusan murid sebagai pelanggan utama.

Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang

diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa,

bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan

dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero

defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahankelemahan

serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di

samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan

produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.

Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan

sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan

pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi

Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan

ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan

penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan

serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada

murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.

Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang

berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan

pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi,

pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi,

termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga

melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang

harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana

terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling

berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri

dan kumpulan secara kolektif.

Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan

dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik

yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi

melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai

sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif,

menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran

lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif,

bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada

keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang

sebahagian daripada keimanan.

Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan

sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai

alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi

perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh

dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan

persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang

mantap.

Iklim Dan Aplikasi Bilik Darjah

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang

lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya

bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi

arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk

mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan

yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama.

Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan

jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.

Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah

perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya

dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah

tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan

menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya

peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada

jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat

menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap

keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan

berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta

membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada

setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya

bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga

hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian

masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian

(releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi

pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti

perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan

penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan

keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim

yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama

susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di

kalangan murid..

Pengurusan Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap

kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu

dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat

perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru

menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru

memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan

mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang

ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut

dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping

menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan

kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru

kepada muridnya.

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya

penyayang, komonikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan

bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer,

telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomonikasi

terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran yang lebih dinamik,

pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan

berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah

menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang

hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting

dalam bilik darjah. Setiap yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru

seharusnnya bijak menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang

dengan menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka

mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur,

kemas yang bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan,

markah yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau sebatang

pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlaan guru bagi meningkatkan

prestasi mereka.

Guru menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang

bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang

segala tingkahlaku negative. Guru sepatutnya mengelak diri daripada menggunakan

pendekatan-pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menggalak

murid menghargai pertumbuhan pengetahuanh dan kemahiran diri.

Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang

mesra di antara sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria,

meyeronokkan yang menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan

enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang

sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya, tahap disiplin yang

terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang

dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah

pembentukan modal insan yang berkauliti.

Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan

permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar

bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang

subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan, tetapi

bagaimana guru menyusun kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah

pasukan yang mantap, melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia,

pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam

pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan komitmen guru

bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang ditunjukan oleh guru bagi menhasilkan bilik

darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan,’ bilik darjah ku, rumah ku’.

Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting

kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan

sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru

mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan

semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah

murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya

menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .

Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan

punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan permasalahan

rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia

bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan

aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia

merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana

tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan

terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran,

ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang

berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi

pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata

motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan

ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih. Kesabaran,

kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala

mengambil masa yang agak lama.

Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid, antaranya

ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib murid

patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab

dan objektifnya. Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan

pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid, yang

dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran

yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa tugasan yang

berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut, guru tidak melengah-lengah waktu untuk

memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk

mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil

pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata bermotivasi dan

penuh dengan senyuman dan jenaka (sense humor), dan pujian supaya suasana senstiasa

ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru

juga menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman

berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru

dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan

pembelajaran.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah,

merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan

berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran

tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh

guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan

perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan

perancangan staregik sekolah.

Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan

mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan

mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk

perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami

perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang

memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti

dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin

murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing,

penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.

Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan

kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian

dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan

tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.

Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar,

merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan

yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan

pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila

bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat

pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid. Diperluaskan

kepada kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan

tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa

kejayaan, meluaskan tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan

jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang

untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut murid, sebaliknya

memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak membiarkan kegagalan

berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil kira kemampuan

murid, pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh

murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan

potensi mereka.

Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi

instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan

teknik yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina modelmodel

tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam

bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga

menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian pengajaran,

mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan

komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses

intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan, berhujah

dan berdailog,

Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan

yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid

melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan,

serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam

pengajaran dan pembelajaran, dengan membina pelbagai kemahiran, yang boleh

meningkatkan kecekapan, dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi

meningkatkan pengajaran guru.

Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan

komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa

badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi

perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran.

Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang

menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang

sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas,

dan pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan

psikologi, dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan

keyakinan diri murid.Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi, perancangan,

kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat

mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan

wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses

pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang

merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti

pembelajaran.

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada

aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti

peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang

disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka

baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif,

tenang menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik,

dan tidak mudah menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang

efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka seperti

anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan,

tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui

pengetahuan tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan

perkara-perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan

murid, menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman

murid dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan

bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap

perkembangan akal murid.

Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikembangkan seharusnya mengikut instrumen

yang telah ditetapkan oleh bahagian-bahagian pengurusan di atas. Jabatan Pendidikan

Islam Dan Moral adalah satu-satunya jabatan yang bertanggungjawab untuk

memperkenalkan dan menyelaraskan instrumen-instrumen berkenaan untuk digunapakai oleh

organisasi di bawah kawalan. Modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh

JAPIM telah melepasi piawai yang dikehendaki oleh pengurusan sekolah dan jemaah nazir

sekolah. Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu hasil

pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.

Set induksi :

Merupakan suatu perkara atau proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran

yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil

pembelajaran, set induksi yang menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang

hendak disampaikan guru, murid memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan

pengajaran tajuk yang sebenar, mendorong pelajar untuk mengetahui isi pengajaran, dan

pemusatan mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan

oleh guru.

Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti

tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan,

permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang

kontroversial, klip vedio tentang sesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku,

atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi

yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi

pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan

dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan

pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit.

Perkembangan isi pelajaran :

Perkembangan isi pelajaran berlaku secara berurutan dengan set induksi, bagi matapelajaran

Pendidikan Islam langkah-langkah perkembangan dibahagikan kepada tiga aras. Aras

pertama adalah aras asas dan semua murid kelas yang di ajar hendaklah menguasai aras ini,

sekiranya gagal mereka dikehendaki mengikuti program pemulihan melalui pendekatan yang

lebih mudah seperti menyediakan soalan-soalan yang mudah difahami serta nota ringkas dan

mereka membaca dan memahami nota dengan bimbingan guru kemudian menjawab

soalan manakala murid-murid lain akan terus ke aras kedua iaitu meneruskan perkembangan

selanjutnya, setelah itu guru membuat penilaian, sekiranya ada yang gagal, murid-murid

berkenaan diberikan program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai, murid-murid

lain terus ke aras ketiga sehingga selesai dan diikuti dengan penilaian yang terakhir

dipenghujung pengajaran dan pembelajaran.

Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang

lebih kompleks, langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknikteknik

pengajaran yang sesuai, secocok dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk

terus menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat

dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa yang telah ditetapkan, jika tidak, pembaziran

masa akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat diselesaikan. Setiap isi pelajaran yang

diperuntukkan dalam masa tersebut dapat dinyatakan, difahami, dan sebahagian murid pula

dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.

Pembinaan modal insan yang berkualiti yang menjadi agenda Negara sewajarnya dipupuk

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani

seharusnya disemai melalui aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang

berterusan supaya ianya menjadi amalan, penghayatan dan pembudayaan. Penyerapan

dengan matapelajaran yang lain, termasuk prinsip-prinsip Islam Hadhari, penggabungjalinan

dengan tajuk-tajuk lain, serta penerapan nilai. Guru menggunakan berbagai kaedah dan

teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu di samping menjana kemahiran berfikir, termasuk

kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan berintraksi, kemahiran menulis,

kemahiran berhujah, kemahiran imiginasi dan sebagainya, bagi membentuk kemenjadian

murid.

Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran

lebih berksan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan

bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan,

bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan

mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan

pembelajaran hendaklah yang lebih releven dengan hasil pembelajaran serta isi

pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik

minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah

tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai

dengan keadaan semasa.

Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal

melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan

untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan

insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga

lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan

supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan

kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal

melahirkan modal insan yang berkualiti.

Pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran :

Pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan maklumat tentang

perubahan tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu set soalan atau tugasan murid yang

meminta mereka memberi respons atau tindakbalas. Ujian yang dijalankan yang berfokus

kepada satu atau lebih unit pembelajaran adalah sebagai pengukur keberkesanan hasil

pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang sesuatu isi pelajaran yang

telah dihasilkan dalam aktiviti pembelajaran. Ujian petempatan pula adalah bertujuan

menguji pengetahuan yang sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang berikut,

dan ujian diagnostik adalah bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru menentukan

kaedah pemulihan dan pengukuhan yang akan dilakukan selepas ujian tersebut.

Pengukuran merupakan suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan tahap keberkesanan

pengajaran guru dan pembelajaran murid. Alat pengukuran yang biasa digunakan oleh

seseorang guru. Tujuan pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil

pembelajaran, mengesan kemahiran, kemajuan yang telah dicapai dalam pembelajaran

yang lain serta membuat refleksi terhadap kemampuan dan penguasaan seeorang murid.

Cara pengukuran boleh dilakukan dengan kaedah yang pelbagai bagi mendapatkan data

kuantitif, bagi menunjukkan pencapaian dalam isi pelajaran yang diukur.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau tahap

sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah iaitu

mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran

dan membuat sesuatu pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran. Selain daripada ujian,

penilaian boleh dilakukan melalui soal selidik, senarai semak, bagi mendapatkan maklumat

tentang pencapaian dan tingkahlaku murid secara menyeluruh.Kepentingan penilaian dalam

bilik darjah, antaranya membantu guru merancang strategi pengajaran setelah mengetahui

punca kelemahan dan merancang program pengukuhan, dan menentukan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat laporan kemajuan

pelajaran. Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru membuat tindakan

susulan. Membantu Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, kaunselor, Guru Bidang dan juga Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi melaksanakan

berbagai pendekatan membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.

Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil

pembelajaran telah selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian

murid sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang berikutnya. Sekiranya mejoriti

murid gagal dalam ujian ini, guru seharusnya melakukan pemulihan atau pengulangan dalam

kaedah atau pendekatan yang lebih mudah. Jika sebilangan kecil murid yang gagal, maka

murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan melalui bimbingan atau menyediakan tugasan

tertentu dan dalam masa yang sama pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang

berjaya diteruskan ke aras atau hasil pelajaran yang berikutnya.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakasanakan di akhir semester atau tahun seperti

peperiksaan akhir tahun, peperiksaan semester I, peperiksaan percubaan dan sebagainya.

Tujuannya adalah untuk menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi

penganugerahan atau sijil. Bidangnya menjadi lebih luas yang mencakupi semua perkara

yang perlu dikuasai murid bagi setiap mata pelajaran. Guru juga menggunakan keputusan

tersebut sebagai menilai semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa jenis ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian rujukan kriteria, ujian

rujukan norma, ujian objektif, ujian subjektif, ujian tara, ujian buatan guru, ujian bukan bertulis,

ujian bertulis, ujian kepantasan dan ujian daya.

Ujian rujukan norma ialah ujian yang bertujuan membanding pencapaian seorang murid

dengan murid yang lain. Soalan-soalan yang dikemukakan terdapat aras mudah, sederhana

dan sukar. Ujian rujukan kriteria ialah pencapaian seseorang murid diukur dan dibandingkan

dengan kretiria yang telah ditentukan contohnya untuk mendapat markah yang penuh bagi

sesuatu soalan atau tugasan maka murid berkenaan perlu memenuhi aspek-aspek yang telah

ditentukan. Soalan-soalan dalam ujian ini adalah hampir sama aras kesukarannya, guru dapat

membayangkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid yang

berkenaan. Ujian rujukan kretiria ini lebih mengutamakan pembelajaran bahagian-bahagian

tertetu bukan keseluruhan.

Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek iaitu beberapa

perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang betul, contohnya ujian aneka

pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat kosong dan lengkapkan dan pemeriksa akan

memberi markah yang sama dengan pemeriksa yang lain. Ujian subjektif, ialah soalan yang

bertujuan untuk menguji pengetahuan, kefahaman dan kebolehan murid itu berfikir,

menganalisis, membuat sentisis dan penilaian. Calon diberi kebebasan untuk memberi

jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan

jawapan yang ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang tiada had.

Ujian tara ialah ujian yang mempunyai prsedur pentadbiran dan permarkahan yang setara

dengan murid di tempat yang lain sama bagi satu daerah, negeri atau Negara. Ujian buatan

guru adalah ujian yang disediakan untuk mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran

seseorang guru bagi mata pelajaran tersebut. Ujian bulanan, pertengahan tahun dan akhir

tahun sama ada berbentuk objektif atau subjektif.

Ujian bukan bertulis dikatakan sebagai ujian perlakuan, yang tidak menggunakan perkataan

kecuali semasa memberi arahan. Contohnya, murid menyusun kembali keratan-keratan

gambar supaya menjadi gambar yang lengkap. Ujian bertulis iaitu ujian yang perlu dijawab

menggunakan perkataan yang ditulis di atas kertas.

Ujian kepantasan ialah ujian yang mengandungi jumlah soalan yang banyak dan perlu

diselesaikan dalam jangka masa yang terhad dan hampir sama aras kesukarannya. Ujian

Daya ialah ujian yang terdiri daripada soalan-soalan yang berbeza-beza aras kesukaran dan

markahnya tertakluk kepada jumlah soalan yang dijawab dengan betul, masa yang

diperuntukkan adalah lebih lama dimana mejoriti pelajar dapat menyelesaikan semua soalan.

Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU),

adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan

menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan.

Tujuan utama pembinaan JSU untuk mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan,

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, menjadi garis panduan kepada

penggubal soalan, menstabilkan aras kesukaran yang ditentukan oleh pihak

bertanggungjawab, dan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian

yang lain.

Ciri-ciri utama JSU ialah penentuan tajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, paksi menegak

adalah tajuk atau isi pengajaran, paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan

soalan, dan menetukan kesahan setiap ujian. Prosedur pembinaan JSU iaitu bermula dengan

langkah pertama iaitu memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji, menyenaraikan isi atau

tajuk-tajuk, dan membina carta menegak dan melintang.

Rumusan, tugasan dan refleksi :

Guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah

yang menarik, bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru

boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut,

rumusan juga boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi,

sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.

Tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan dan pengukuhan,

bergantung kepada pencapaian hasil pembelajaran, tugasan boleh dijelmakan dalam

bentuk pemantapan isi seperti meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab

soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di

perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajian-kajian luaran, menulis

dalam bentuk karangan dan sebagainya.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan

pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta

mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah

pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih

sempurna dan terdapat penambahbaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...