PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Sunday, 28 November 2010

Interaksi Dalam Bilik Darjah

Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;
  • Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran
  • Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah

Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian (RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada maklumat yang tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam pendidikan jarak jauh, interaksi terbahagi kepada dua peringkat iaitu guru menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk cetakan atau media lain untuk dikirimkan kepada pelajar dan peringkat kedua ketika guru berinteraksi dengan pelajar melalui media tertentu seperti surat, email atau peralatan telekomunikasi seperti sidang audio, audio grafik, video dan komputer. Moore (1989) juga menyatakan terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi antara:

  • Murid dengan isi kandungan pelajaran
  • Murid dengan guru
  • Murid dengan murid lain (atau rakan sebaya)

Hillman et. al. (1994) menambah satu lagi jenis interaksi supaya murid dapat berinteraksi dengan isi kandungan, guru dan pelajar lain iaitu interaksi antara:

  • Murid dengan media teknologi

Pelajar dewasa juga perlu menyedari peranan masing-masing semasa mengikuti kursus. Mereka harus bertanggung jawab terhadap amanah yang dipikul semasa mengikuti kursus. Pembahagian masa antara belajar dan bekerja serta belajar dan tanggungjawab sosial (rumah tangga dan keluarga) perlu dilaksanakan dengan bijak. Luangkan masa supaya interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah dan menengah rendah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...