PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Wednesday, 1 December 2010

TEORI & PROSES PEMBELAJARAN

KONSEP TEORI PEMBELAJARAN

1 Merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran.
2 Pendidik dapat memahami tentang cara pelajarnya belajar.
3 Pendidik dapat menghubungkait prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan.

4 Perubahan tingkah laku tetap dihasilkan melalui pengalaman
5 Satu proses berterusan – berlaku perubahan tingkah laku individu pada akhir proses
6.Berlandaskan teori-teori pembelajaran yang diklasifikasikan kepada 5 mazhab utama;

-BEHAVIORIS
-KOGNITIF
-SOSIAL
-HUMANISTIK
-KONSTRUKTIVIS

1. MAZHAB BEHAVIORIS
Pembelajaran sebagai satu perubahan tingkah laku yang kekal
Perhubungan antara tindakan belajar dan rangsangan
Kebanyakan teori pembelajaran dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung
Tumpuan ujian – perhubungan rangsangan dan gerak balas yang hasilkan perubahan tingkah laku
Tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal
Proses pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan

2. MAZHAB KOGNITIF
Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia
Tumpuan ujian – pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal
Tokoh-tokoh mazhab ini tidak bersetuju dengan Behavionis yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimulasi – tindak balas yang berulang-ulang
Mereka menyatakan pembelajaran hanya berlaku berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru serta mempunyai motif dan rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk jalani aktiviti pembelajaran tersebut

3. MAZHAB SOSIAL
@ Neobehavioris berasaskan peneguhan Behavioris dengan psikologi Kognitif dalam pembelajaran sistematik
Tumpuan ujian – pembelajaran melalui proses permodelan melalui permerhatian atau peniruan

TEORI PERMODELAN BANDURA
Pembelajaran bukan sahaja meliputi tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi Kognitif

4. MAZHAB HUMANISTIK
Menekankan keunikan & individualiti seorang murid
Setiap individu adalah unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang khusus dengan orang lain
Fokus kepada kehendak afektif & perbezaan individu dalam pembelajaran

5. MAZHAB KONSTRUKTIVIS
Fokus kepada aspek pembinaan ilmu dan cara-cara pengajaran oleh guru yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid-murid
Menekankan pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah
Tingkah laku sosial – kemahiran kognitif dan corak pemikiran
Pergaulan sosial penting kerana pesanan dihantar kepada kanak-kanak melalui perkataan-perkataan
Mazhab ini berdasarkan proses-proses di mana murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan serta pengalaman sedia ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...