PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Thursday, 17 March 2011

FITRAH MANUSIA

PENGERTIAN FITRAH MANUSIA

Mengikut Kamus Dewan (1998) perkataan fitrah berasal daripada Bahasa Arab yang membawa erti sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan

Fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat insan yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.

Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.

Rogers (1951) menyatakan manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik

Ini bererti fitrah merupakan:
i.Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.
ii.Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan merangkumi aspek potensi, bakat semulajadi, keupayaan mental dan fizikal.

PERSPEKTIF AGAMA
Menurut tokoh Islam, fitrah manusia merujuk kepada satu ketetapan dan pemberian tuhan sejak lahir berlandaskan aspek-aspek seperti bakat, mental, emosi dan fizikal.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi.

Akal yang dikurniakan oleh Tuhan membezakan kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini.

Ini bererti agama Islam percaya manusia yang dijadikan di dunia ini mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut kejadiannya iaitu:

(a)Kehidupan beragama
Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah S.W.T hanyalah Islam”
(Surah Al Imran : 19)

Dengan mengenali pencipta Nya, manusia akan mensyukuri keunikan kejadian manusia dan menyebabkannya menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.

ASPEK PENTING DALAM POTENSI MANUSIA

1.Perkembangan Intelek
~ dapat dilihat daripada daya pemikiran, cara seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah, merka cipta dan kebolehan menaakul.

2. Perkembangan Rohani
~ merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi individu.

3. Perkembangan Sosial
~ hubungan individu dengan orang lain. Tingkah laku dan budi pekerti yang baik membolehkan individu tersebut diterima baik oleh orang lain.

4. Perkembangan Emosi
~ dapat dilihat sebagai suatu keadaan dimana seseorang itu dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain dan berupaya mencapai kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

5. Perkembangan Jasmani
~ kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk kemahiran psikomotor dalam aktiviti permainan dan bersukan.

FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI

Manusia dilahirkan dengan mempunyai keunikkan tersendiri dan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah s.a.w.

Manusia mempunyai keunikkan meliputi seluruh bidang kehidupan (ekonomi, sosial, pendidikan agama, budaya)

Fitrah manusia dari pespektif biologi melibatkan aspek-aspek genetik, iaitu :
1.Baka
2.Faktor persekitaran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...