PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Tuesday, 15 March 2011

NOTA KULIAH 12.3.2011 KDPM SABK

KEMAHIRAN MENGAJAR DLM PNG MIKRO & PENILAIANNYA

KEMAHIRAN PERMULAAN / SET INDUKSI
- Perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya sedia belajar dan berfikir ttg apa yg disampaikan guru.

Objektif set induksi ;
a. Mendapat perhatian murid
b. Memotivasikan murid
c. mencadangkan cara-cara menjalankan tugas
d. Menyatakan had tugas yg akan dilaksanakan
e. Mengaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid.

Komponen Utama dalam Set Induksi

Menarik perhatian

Mengubah nada suara, menggunakan ABM, kontak mata, gerak isyarat, mengubah interaksi antara guru dgn murid.

Mewujudkan motivasi
mewujudkan unsur suspense, menunjukkan sesuatu yg menghairankan, aktiviti menyeronokkan, menimbulkan rasa ingin tahu murid. Wujud rasa mesra, cerita dll.

Menstruktur
Beritahu cara @ tugas yg akan dijalankan. Guna soalan yg berkaitan.
Membuat perkaitan

Cuba buat perkaitan di antara pelajaran baru dgn pengetahuan sedia ada murid. Membandingbeza dgn perkara biasa, peristiwa semasa yg diminati murid.



2. Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Objektif ;
Menarik serta mengekalkan perhatian murid kpd bahan pengajaran.
Menjelaskan sesuatu konsep.
Mewujudkan disiplin yg baik.
Menggalakkan pemikiran produktif di kal. Murid-murid.

Komponen Kemahiran
Kejelasan – Tulisan harus terang dan saiz sesuai, lurus dgn jarak antara huruf, jarak antara perkataan.
Susunan – Bahagikan ruang nota dan gambarajah.
Penonjolan – guna warna yg menarik, menggaris @ bulatkan perkataan.
Teknik persembahan – libatkan murid dgn cara meminta mereka melukis, menamakan, melabel dll.


3. Kemahiran variasi ransangan

Objektif ;
Mewujud dan mengekalkan perhatian @ minat murid.
Melibatkan pelajar dalam pembelajaran.
Menyediakan peluang murid menggunakan deria mereka
Menyediakan peluang utk memuaskan perasaan ingin tahu murid melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan.

Komponen Kemahiran
Pergerakan – guru bergerak kiri kanan belakang depan.
Pergerakan anggota – guna tangan, kepala, badan dll.
Perubahan pertuturan – variasi tone suara.
Perubahan fokus deria – guna pita rakaman, slaid.
Bentuk penglibatan lisan murid – soal jawab refleksi, perbincangan.
Bentuk penglibatan fizikal murid – lakonan, main peranan, simulasi, melukis dll.


4. Kemahiran penyoalan

Objektif ;
Melibatkan murid secara aktif dlm P n P.
Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid.
Memusatkan pemerhatian murid kpd satu konsep yg khusus
Menggalakkan murid menyoal.
Menolong perkembangan daya pemikiran murid.

Komponen Kemahiran
Pembentukan soalan – bentuk soalan ringkas, tepat, jelas, mudah difahami murid.
Fokus – soalan yg dibentuk boleh menumpukan kpd satu idea.
Alih hala soalan – setelah dapat jawapan murid, alih hala soalan sama kpd seluruh kelas.
Sebaran – sebarkan soalan kpd seluruh kelas.
Hentian – stelah beri soalan berhenti seketika utk murid berfikir.
Melayani jawapan murid – layan dgn baik, cuba baiki, beritahu jwp salah dgn jelas.

Membantu dgn memberi petunjuk – bantu murid lemah dgn beri petua.
Mencungkil – soal murid sehingga mendapat jawapan tepat.

Aras penyoalan;
Ingatan kembali – kemuka soalan pelajaran lepas yg berkaitan.
Kefahaman - kefahaman murid mengenai sesuatu diuji oleh soalan.
Aplikasi – memerlukan murid mengaplikasikan apa yg dipelajari.
Analisis – memerlukan murid mengkaji bukti, mengiterpretasikan hasil dan membuat huraian daripada hasil kajian.
Sintesis – memerlukan murid menjalankan aktiviti kreatif seperti mengarang, menulis puisi, sajak @ cerita.
Penilaian – memerlukan murid memberi hujah mengenai sesuatu idea serta memberi bukti yg menyokong keputusan yg dibuat.



5. Kemahiran pengukuhan

Objektif ;
Menimbul dan mengekalkan perhatian murid.
Menggalakkan murid mengambil bahagian dlm pelajaran.
Meninggikan tahap prestasi murid.

Komponen Kemahiran
Lisan positif - kata baik, bagus, ya, betul, cadangan yg baik dll.
Gerak isyarat positif – senyuman, anggukan kepala, menepuk tangan dll.
Dampingan – mendekati, berdiri di sebelah, duduk di sisi.
Sentuhan – menyentuh kepala, bahu, bah. tubuh badan.
Penggunaan jawapan murid – guna jwpan murid sekira sempurna.
Lisan negatif – kata-kata bukan, salah, tidak @ menyindir.
Gerak isyarat negatif – geleng kepala, renung marah.




6. Kemahiran penerangan

Objektif ;
Menjelaskan satu satu isu.
Membolehkan murid menghuraikan satu satu proses.
Membolehkan murid menaakul sebab-sebab berlalunya sesuatu peristiwa.

Komponen Kemahiran
Arah permulaan – membolehkan guru menimbul serta mengekalkan minat murid thd pelajaran yg disampaikan.
Kemahiran ilustrasi – semasa menerang guna contoh yg menarik dan mencukupi serta relevan dgn tajuk.
Penyusunan idea – penerangan bermula dari mudah kpd kompleks dan dari konkrit kpd abstrak.
Penutup – guru boleh menyatakan semula isi penting yg terkandung di dalam penerangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...