PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Tuesday, 6 December 2011

KONSEP AWAL KANAK-KANAK

Tempoh Perkembangan Awal Kanak-Kanak NAEYC (The National Association for the Education of Young Children) menyatakan :
1. Peringkat awal kk merangkumi kk yang baru dilahirkan hingga 8 tahun
2
. program awal kk menyediakan perkhidmatan kpd kk 0-8 tahun
3. pendidikan awal kk
merupakan perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk kk 0-8 tahun
4. sekolah nurseri ialah program kk berumur 2 – 3 tahun

5. program prasekolah diperuntukkan bagi kk dari 3 – 4 tahun

6. kindergarden ialah persediaan ke sekolah rendah untuk kanak-kanak
4 – 6 tahun


Pendidikan Prasekolah Di Malaysia dimaksudkan kepada pendidikan yang disediakan untuk kk 4 – 6 tahun berdasarkan Akta Pendidikan 1996

Dari 0 – 8 tahun kanak-kanak melalui dua tempoh transisi iaitu:
- transisi dari rumah ke kelas prasekolah

- transisi dari kelas prasekolah ke tahun satu

PENDAPAT TOKOH-TOKOH TENTANG PENDIDIKAN AWAL KK
Friedrich Wilhelm Froebel

Beliau terpengaruh dgn idea Pestalozzi , Comenius dan Rousseou dan telah digelar “Bapa Tadika”, merupakan pelopor sekolah taman kanak-kanak pada 1837 yang dinamakan Kindergartaen. Kinder ( kanak-kanak ) dan
Gartean ( taman ).
Kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah garden of children. Kanak-kanak belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main.

Antara idea-idea utama Froebel ialah :
Zaman kk adalah sebahagian daripada kehidupan dan bukan satu
persediaan zaman dewasa.

v Keseluruhan kanak-kanak itu dianggap penting.( Kesihatan , fizikal , mental , pemikiran, kerohanian ).

v Pembelajaran bukanlah suatu yang terpisah-pisah, semuanya saling berkait.

v Motivasi dalaman , adalah aktiviti cetusan daripada kanak-kanak dan arahan kendiri yang dihargai.

v Penekanan terhadap disiplin diri.

v Terdapat masa-masa penerimaan pembelajaran yang khusus pada peringkat tertentu perkembangan.

v Pembelajaran bermula daripada apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak bukan daripada apa yang mereka perlu lakukan.

v Orang lain ( dewasa atau rakan sebaya ) yang kanak-kanak itu berinteraksi adalah menjadi fokus penting.

Maria Montessori

Falsafah Montessori tentang pendidikan berasaskan idea-idea Rousseou , Pestalizzi dan Froebel yang menekankan potensi semulajadi serta keupayaan kanak-kanak berkembang dalam persekitaran yang memupuk kasih sayang dan kebebasan. Dalam mendidik kanak-kanak kita mesti menghormati kanak-kanak dan haknya. Persekitaran terancang, absorbent mind, kemahiran hidup, auto-education, disiplin diri dan arahan kendiri adalah prinsip-prinsip dalam pendidikan kanak-kanak.
Mengikut Montessori : pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani .

Untuk mencapai matlamat ini terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori ( iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak ) Antaranya ialah :

v Menghormati kanak-kanak dan hak mereka

v Konsep kebebasan ( liberty )

v Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

v Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

v Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri ( self-directed

activity )

v Pentingnya disiplin diri

v Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak

v 'The absorbent mind' - Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakannya

v Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang
terancang

v Auto-education ‘ – setiap rancangan atau persekitaran yang

disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara
sendiri


Joan Jacques Rousseau

v menekankan pendekatan naturalism.

v ibu bapa dan guru perlu membenarkan kanak-kanak berkembang mengikut kebolehan semulajadinya

Ibnu Khaldum

Pandangannya tentang pendidkan kanak-kanak, pada peringkat permulaan:

v Jangan di ajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah

v Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:

- berperingkat

- latih tubi
- benda-benda maujud
- alat bantuan mengajar

v Murid-murid tidak di bebankan dengan pekara-pekara yang di luar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

- tidak mahu belajar

- malas belajar

- mencerca pengajaran yang di beri

v Sejak enam kurun yang lalu Ibnu Khaldun telah memperkatakan mengenai:

- persediaan untuk belajar

- motivasi

- pengukuhan

- latihan

- pemerhatian
- berusaha

- perbezaan individu

v Melalui pendidikan prasekolah Ibn Khaldun mencadangkan supaya kanak-kanak diberi contoh-contoh konkrit yang boleh difahami oleh pancaindera mereka.

v Ibn Khaldum juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai kepada umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah di ajar tafsir, hukum dan lain-lain

v Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahamai apa yang disampaikan.

v Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, makan tipu helah sehingga menjadi kebiasaan dan tidak berperi kemanusiaan

v jangan terlalu panjang masa belajar kerana boleh menyebabkan lupa sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul ; hasil pembelajaran lebih baik

v bahasa adalah asas kepada semua pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca,kemudian kaitkan dengan makna

v .Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

Juriah (1995)

v Kanak-kanak prasekolah mempunyai kecekapan berfikir dan kecekapan ini dapat dimantapkan dalam konteks interaksi bahasa. Kanak-kanak belajar melalui interaksi dan perbualan dengan ibu bapa dan penjaga menggunakan gaya bahasa yang dipermudah

Johann Heinrich Pestalozzi

v Pendidikan perlu berlandaskan keadaan/kebolehan semulajadi kanak-kanak. Ibu bapa dan orang dewasa lain bagaimana pun masih perlu menyediakan iklim dan situasi pada peringkat awal membaca, mempelajari kemahiran asas dan tingkah laku sosial yang sesuai. Melalui pengalaman menggunakan deria yangb betul potensi kanak-kanak boleh dikembangkan

Lev Vygotsky

v Perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak disokong dan dipercepatkan oleh orang lain melalui interaksi sosial. Komunikasi atau dialog antara guru dan kanak-kanak menjadi satu cara menolong kanak-kanak ‘Scalffold’ iaitu cara mengembangkan konsep baru dan berfikir ke konsep yang lebih tinggi. Interaksi dan kolaborasi sosial adalah penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan.

Imam Al – Ghazali

Antara pandangan beliau :

v Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberi kepada orang lain menjaganya kecuali perempauan yang kuat agama dan mulia tingkah laku.

v Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang

v Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, sederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga

v Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka

  • Tidak boleh keterlaluan jika mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka
  • Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri.
  • Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:

- membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.

- sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain

- dapat menggembirakan mereka serta kerehatan selepas penat belajar.

- kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar

Nasihatnya Imam Al-Ghazali kepada guru-guru supaya :

- mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.

- perbaikki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak.

- guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

John Dewey

Beberapa idea Dewey ialah :

· melalui bukunya ‘My Pedagogical Creed’, beliau mencadangkan sekolah perlu menyediakan kanak-kanak kepada realiti hari ini dan tidak menegaskan pendidikan untuk masa depan

· Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak

· Kanak-kanak perlu dihormati . Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti arahan kendiri serta melalui pengalaman dan eksperimen

Falsafah Mendidik Kanak-Kanak
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya
  • Bermain sambil belajar
  • Otak yang cergas terletak pada badan yang sihat
  • Pendidikan berlandaskan keagamaan


Ciri-Ciri Kanak-Kanak

- Setiap kanak-kanak adalah unik

- Kanak-kanak mempunyai tahap kematangan yang berbeza

- tingkah laku umum kanak-kanak adalah universal

- kanak-kanak adalah aktif

- kanak-kanak gemar bertanya dan bercakap

- kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi

- kanak-kanak suka melakukan peranan orang dewasa

- perkembangan personaliti kanak-kanak merupakan proses yang berkesinambungan

- Kanak-kanak belajar dengan bermakna jika mereka menggunakan semua deria mereka.

- Semua kanak-kanak berupaya diberi pendidikan

- Semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan sepenuhnya dari segi kebolehannya

- Pendidikan perlu bermula awal dalam hidup mereka

- Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar, tetapi diberi pendidikan mengikut kesesuaian dengan apa yang mereka telah dipelajari

- Aktiviti pembelajaran perlu menarik dan bermakna

- Interaksi sosial antara guru dan rakan sebaya adalah perlu dalam

perkembangan awal kanak-kanak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...