PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Tuesday, 6 December 2011

PENDEKATAN KAEDAH DAN TEKNIK

PENDEKATAN

Pendekatan bermakna satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara.

Dalam pedagogi bahasa gagasan “pendekatan” bercorak abstrak kerana falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis.

Pendekatan dalam pengajaran bahasa, memerlukan kaedah-kaedah tertentu.

Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya boleh dilihat dan dinilai selepas ia dilaksanakan secara emperikal, iaitu dalam pengajaran bahasa di bilik darjah.

Pada amnya pendekatan bercorak teoritis, iaitu satu andaian, tanggapan atau falsafah tentang sesuatu tugas pengajaran bahasa.

Namun begitu, ssuatu pendekatan itu dianggap pendekatan yang baik kerana telah terbukti keberkesanannya dalam pengajaran bahasa.

KAEDAH

Ialah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Dalam pendidikan bahasa sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran bahasa.

Berbanding dengan konsep pendekatan yang lebih umum dan teoritis, konsep kaedah lebih konkrit.

Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu kemahiran bahasa dalam bilik darjah.

Biasanya digunakan untuk menyokong sesuatu pendekatan mengajar sebagaimana juga sesuatu pendekatan dicipta untuk menjayakan sesuatu teori bahasa.

TEKNIK

Ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.

Ia boleh wujud dalam bentuk aktiviti.

Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...