PERTUMBUHAN.
- Satu proses perubahan yang bersifat kuantitatif.
- Melibatkan perubahan- perubahan dari segi saiz dan struktur i.e. aspek fizikal serta mental dan akan mencapai puncaknya sebaik sahaja seseorang individu itu mencapai kematangan.
- Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain dan dari semasa ke semasa (Atan Long, 1978).
- Perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan i.e. perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.
- Proses pertumbuhan boleh memperlihatkan perubahan dari aspek jasmani, mental, social dan emosi.
- Pertumbuhan lebih dipengaruhi oleh baka.
Proses Pertumbuhan.
| Jasmani | Mental | Emosi | Rohani |
| Perubahan kuantiti dan saiz Berat badan meningkat Bilangan gigi bertambah | Keupayaan untuk memikirkan banyak perkara Contoh: fikirkan tentang makan, minum, bermain, tidur.
| Wujud banyak jenis emosi. Gembira, suka, duka, marah. | Mula berinteraksi dengan lebih ramai orang luar. Rakan sebaya, jiran, guru. |
PERKEMBANGAN.
- Satu proses perubahan yang bersifat kualitatif.
- Proses yang berterusan yang bermula dari lahir hingga ke akhir hayat.
- Proses perkembangan tidak jelas dilihat dan diukur kerana ia melibatkan perubahan dari segi fungsi.
- Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.
- Perkembangan merujuk kepada perubahan dalam pemikiran, rohani moral dan sosial.
- Perkembangan kognitif berlaku apabila individu dapat memberi perhatian dan mengumpul maklumat.
- Perkembangan bersifat berterusan dari masa lahir hingga mati.
Proses perkembangan
| Jasmani | Mental | Emosi | Rohani |
| Kemahiran mengguna anggota badan meningkat. Berjalan, berlari, bermain, berenang. | Kemahiran menggunakan bahasa meningkat. Dapat membuat soalan maths. Dapat mengingati untuk masa yang lama. Contoh: Berbual, mengira, menyanyi, ingat nombor telefon. | Dapat mengawal perasaan. Dapat menguasai perasaan. Tidak menangis apabila di marah. | Lebih banyak kawan. Belajar berkawan. Dapat membezakan peranan jantina. Mempelajari tentang disiplin kumpulan. Membuat kerja-kerja kasar seperti berkebun. Menghormati kawan.
|
Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan.
| Aspek | Proses Pertumbuhan (Perubahan kuantitatif) | Proses Perkembangan (Perubahan kualitatif) |
| Jasmani | Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah | Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, brjalan, berlari dan melompat. |
| Mental | Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara | Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. |
| Sosial | Mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga seperti jiran, rakan sebaya dan guru. | Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan, disiplin, kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya. |
| Emosi | Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya. | Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu. |
KONSEP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK.
Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata berlaku dan ditunjukkan oleh perbezaan sifat terkini berbanding dulu.
- Bermula dari lahir dan berakhir dengan kematian.
Pekembangan Kanak-kanak.
- Perubahan kualitatif yang dialami oleh kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek-aspek fizikal, kognitif, bahasa, emosi, sosial dan moral dan kerohanian. Perubahan berlaku hasil daripada kematangan, pembelajaran dan kematangan.
- Contoh : Kebolehan kanak-kanak menggunakan pensel dengan betul pada umur 5 tahun.
Ciri-ciri Perkembangan.
Satu bidang yang bersifat multidimensi dan kumulatif.
- Perubahan dari segi kemahiran dan kebolehan.
- Membawa perubahan kearah sifat-sifat yang sejagat / aturan semulajadi.
- Berterusan sepanjang hayat.
- Berperingkat-menurut arah yang dijangkakan.
- Dipengaruhi baka dan persekitaran.
- Perbezaan individu.
Aspek Perkembangann Kanak-kanak.
- Perkenbangan Fizikal
- Perkembangan Kognitif.
- Perkembangan Bahasa
- Perkembangan Emosi
- Perkembangan Sosial
- Perkembangan Moral dan Kerohanian.
No comments:
Post a Comment