PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Tuesday, 6 December 2011

TOKOH PENGASAS PRA SEKOLAH

FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1- IMAM Al-GHAZALI

· Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

· Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Censelor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.

· Tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.

· Kitab yang termashur kekarang oleh beliau ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan / Idea-Idea Beliau:

· Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

· Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

· Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, sederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

· Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

· Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebenciaan mereka.

· Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

· Suruh kanak-kanak bermain kerana dengan bermain pada kanak-kanak dapat:

- membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka.

- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.

- Dapat menggembirakan mereka serta kerehatan selepas penat belajar.

· Nasihat beliau kepada guru supaya:

- mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.

- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.

- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

2- IBNU KHALDUM

· Beliau banyak memperkatakan mengenai:

-Persediaan untuk belajar - Pemerhatian

-Motivasi - Berusaha

-Pengukuhan - Perbezaan individu

-Latihan

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:

· Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.

· Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:

- berperingkat

- latih tubi

- benda-benda maujud

- alat bantu mengajar

· Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

-tidak mahu belajar

-mencerca pengajaran yang diberi

· Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.

· Ibnu Khaldum juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

· Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.

· Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebanar, suka tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

· Jangan terlalu panjang masa belajar kerana boleh menyebabkan lupa sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul mendapat hasil pembelajaran yang baik.

· Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.

· Pendekatan Ibnu Khaldum merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

3- FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)

· Seorang tokoh pendidikan dari Jerman

· Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”

· Tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”

· Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.

· Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”

Antara idea-idea Froebel ialah:

1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhui dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.

2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.

4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

5. Kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.

6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.

7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.

8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.

9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak.

12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berjaitan antara satu sama lain.

4- MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)

· Merupakan tokoh pendidikan di Rome.

· Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.

· Tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.

· Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.

· Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak.

· Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

· Konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak:

i. Minda yg mudah menyerap

Kanak-kanak menyerap maklumat melalui deria

ii. Persekitaran yang tersedia

Persekitaran menggalakkan perkembangan- lengkap dgn pelbagai bahan

· Untuk mencaapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:

- menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

- Konsep kebebasan

- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

- Pentingnya disiplin diri

- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak

- Kanak-kanak menyerap masuk pengentahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.

- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

5- JOHN DEWEY

· Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika.

· Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak.

· Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak.

· Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kajayaan.

· Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang..

· Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka.

· Pendidikan perlu dcisepadukan dengan kehidupan kanak-kanak.

· Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melaui pengalaman dan eksperimen.

6- JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)

· Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland.

· Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774.

· Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Idea-Idea Beliau Mengenai Pendidikan

· Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.

· Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.

· Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.

· Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.

· Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).

· Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...