1.0
PENGENALAN
1.1 Konsep
Pengajaran
Apakah
yang anda faham dengan pengajaran? Sejauh manakah anda telah memperolehi
daripada guru anda? Tugas guru ialah mengajar. Lantaran itu, pengajaran boleh
dihuraikan sebagai menyalurkan penegetahuan, kemahiran dan nilai kepada
kumpulan sasaran yang dipanggil pelajar atau murid agar mereka dapat
berfungsi dengan baik dalam dunia ini.
1.2 Model Pengajaran Dan Implikasinya Ke Atas Pengajaran
Dan Pembelajaran
i) Ekspositori
Istilah
ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan yang bermakna untuk
mempamerkan dan melaksanakan. Dalam konsep pengajaran, ekspositori berkaitan
dengan tindakan guru, membekalkan fakta, idea dan maklumat penting yang lain
kepada murid. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin emnayampaikan konsep
‘pelancongan di Malaysia’ menggunakan strategi ekspositori, anda mungkin akan
mempamerkan peta tentang destinasi tarikan pelancong, gambar, brosur dan
sebagainya untuk menyokong penjelasan anada. Dalam contoh ini, anda sebagai
guru, telah memberi penjelasan dengan menggunbakan data, media dan sumber
maklumat yang lain. Pengajaran ekspositori boleh dan seharusnya melibatkan
murid, melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti pembelajaran yang mencabar
yang mampu membina kemahiran pemikiran kritikal. Tujuan pengajaran ekspositori
adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran daripada orang yang tahu (
misalnya guru dan buku teks ) kepada mereka yang tidak tahu.
2.0 MODEL
PEMPROSESAN MAKLUMAT
Pendekatan
pemerosesan maklumat bergantung kepada computer sebagai model untuk
pembelajaran manusia. Seperti computer, otak manusia menerima maklumat,
melakukan operasi terhadap maklumat tersebut agar dapat mengubah bentuk dan
kandunagan,l menyimpan maklumat, mengeluarkannya apabila perlu dan melaksanakan
tindakbalas terhadapnya. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan
mewakilkan maklumat, atau merekod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat
apabila diperlukan. Semua proses ini dikawal dengan ‘program’ yang menentukan
bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui system.
Ramai
orang membandingkan system pemerosesan maklumat manusia dengan komponen
komputer. Maklumat direkod atau dimasukkan, disimpan secara sementara dalam
‘ruang kerja’ dan disimpan dalam simpanan jangka panjang. Setelah disimpan,
maklumat diperoleh kembali ke dalam ‘ruang kerja’ untuk digunakan bagi
menyelesaikan masalah.
Tiga
bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana maklumt disimpan atau
dipindahkan. Sementara anak panah menunjukjkan pengaliran maklumat. Kotak di atas
rajah mewakilki proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem
berkenaan.
Langkah
pertama dalam model proses maklumat, bermula apabila satu atau lebih deria kita
( pendengaran, penglihatan dan sebagainya ) menerima rangsangan dari dunia
luar. Sensori ini disimpan untuk seketika dalam daftar sensori. Di mana sensori
itu, dikanlpasti atau dilihat – misalnya kita lihat seekor kucing atau
mendengar nama kita.
Sensori
yang menganal yang menganalpasti rangsangan akan seterusnya memnidahkan rangsangan
tersebut keingatan jangka pendek, iaitu tempat simpanan yang mempunyai ruang
yang terhad. Inatan janka pendek juga berfungsi sebagai working memory yang
menyimpan apa yang sedang kita fikirkan pada sesuatu pada masa tertentu –
maklumat yang diaktifkan.
Dengan
sedikit pemikiran dan pemprosesan, mnaklumat boleh dipindahkan keingatan jangka
panjang. Apabia kita memerlukan maklumat dari ingatan jangka panjang kita akan
mencarinya. Adakalanya, pencarian itu dilakukan secara sedar, seperti ketika
anda melihat kawan menghampiri anda dan anada mencari namanya dalam ingatan
anda. Pada ketika lain, lokasi dan penggunaan maklumat dari ingatan jangka
panjang adalah automatik. Seperti ketik anada menelefon, anda tidak perlu
berfikir dan mencari sebelm melakukan setiap langkah dalam proses berkenaan.
Maklumat dalam jangka panjang, lazimnya tampil dalam working memory dan
bergabung dengan maklumat baru yang diterima untuk membantu kita memberi makna
kepada situasi semasa.
Anda
boleh menganggap ingatan jangka panjang sebagai para besar yang dipenuhi alat
dan bekalan yang boleh dibawa ke tempat kerja ‘working memory’ untuk mencapai
sesuatu tugasan. Ingatan jangka panjang menyimpan banyak maklumat, tetapi
mungkin sukar untuk mencari maklumat yang kita hendaki dalm masa yang singkat.
Tempat kerja adalah kecil, tetapi apa yang ada dalmnya dapat diperoleh serta
merta. Oleh sebab tempat kerja ini kecil cebisan maklumat kadang kala hilang
apabila tempat kerja mengandungi maklumat yang melebihi hadnya ( Gagne, 1985 )
Elemen
terakhir model pemerosesan maklumat adalah kawalan eksekutif. System ini
memantau dan mengarah kesemua proses, daripada peringkat memberi tumpuan
sehingga peringkat mencari maklumat yang dipelajari satu masa dahulu. Kembali
kepada analogi bilik kerja kita, proses – proses kawalan eksekutif tersebut
diatas membolehkan anda memfokus perhatian anda kepada maklumat baru dalam
working memory dan menentukan apa yang
anda perlu daripada simpanan ingatan jangka panjang untuk menyelesaikan
sebarang masalah. Sepanjang masa working memory akan memimpin pencarian untuk
maklumat yang diperlukan.
Dengan
menggunakan model pemerosesan maklumat, Gagne menerangkan bahwa maklumat akan
melalui beberapa siri trand\formasi apabila ia melalui ketiga – tiga peringkat
ingatan iaitu daftar sensori, ingatan jangka pandek dan ingatan jangka panjang.
2.1 Model
Inkuiri
Inkuiri
bermaksud menanya soalan, mencari maklumat atau menjalankan penyiasatan.
Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatka murid
dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan
hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyususun dan untuk menguji hipotesis
dan membuat inferens dan kesimpulan. Ia merangkumi segala proses soal selidik
untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada
masalah yang dikemukakan.
Teknik inkuiri
direka bentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah. Proses
inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jamatau
jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh
distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga
merupakan kaedah saintifik penyelesain masalah berdasarkan model penemuan
terbimbing yang disarankan oleh John
Dewey.
Terdapat lima
langkah inkuiri;
- mendefinisikan masalah
- membentuk hipotesis
- mengumpul data
- menilai bukti – menganalisis dan menafsir data
- membentuk kesimpulan
Antara kebaikan
model inkuiri adalah arahan kendiri, memajukan kemahiran pemikiran keritikal
dan kemahiran pemikiran aras tinggi. Inkuiri bersifatkan murid dimana murid
terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Ia menggalakkan perasaan ingin tahu
dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau
penjelasan yang berkaitan. Perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri
seterusnya. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenal
pasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang menjamin kebebasan untuk meneroka
dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi. Terdapat
pelbagai model inkuiri antaranya Model Inkuiri Sains, Model Inkuiri Juris
Prudential, Model Inkuiri-Penemuan dan sebagainya.
2.1.1 Model
Inkuiri Sains
Ia melibatkan
proses inkuiri yang bersifat saintifik. Kaedah-kaedah berbentuk saintifik
digunakan digunakan bagi melibatkan diri murid untuk menyelesaikan sesuatu
pemasalahan dan persoalan.
Antara langkah
model inkuiri sains;
- Mengenal pasti masalah
- Mencari maklumat rumusan
- Membuat hipotesis
- Menguji Hipotesis
- Menilai dan membuat rumusan
2.1.2 Model Inkuiri Juris Prudential
proses
inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan untuk mencari
kebenaran dan ketepatan isu-isu. Sesuatu masalah didebat bagi mendapatkan cara
penyelesaian terbaik. Inkuiri juris prudential ini terbahagi kepada:
- Inkuiri terbimbing
guru
membimbing murid-murid sebelum semasa dan selepas
menjalankan semua proses kajian. Ia sesuai
untuk murid sekolah rendah
dan sekolah menengah rendah
- Inkuiri terbuka
murid-murid tidak
diberi sebarang bimbingan semasa proses kajian. Dan
ia sesuai untuk
pelajar sekolah menengah atas dan lebih tinggi
2.1.3 Model
Inkuiri – Penemuan
Ia merangkumi
semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui.Model inkuiri ini
memerlukan kemahahiran-kemahiran membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri
yang utama untuk membentuk satu generalisasi yang diharapkan.
Langkah-langkah
Model Inkuiri – Penemuan ialah;
- Mengenalpasti topik kajian
- Merancang strategi penyelesaian
- Mengumpul maklumat yang berkaitan
- Mengkaji dan menganalisis maklumat
- Membual generalisasi atau rumusan
2.2 Implikasi
Model Inkuiri Dalam Proses Pengajaran
- Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap
kebolehan pelajar dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.
- merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep,
prinsip ataupun teori dengan jelas
dan teperinci
- membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar
yang tepesong daripada objektif pelajaran
- menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif
dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara
yang berkesan
Selepas peringkat
akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri
pelajar.
3.0 TEORI PEMBELAJARAN LANGSUNG
Pembelajaran
langsung merupakan satu kaedah pembelajaran yang berorientasikan matlamat dan
distruktur oleh guru. Kaedah pembelajaran ini sesuai sekiranya setiap pelajar
perlu untuk memahami dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh kemahiran-kemahiran
untuk menyelesaikan permasalahan matematik. Pembelajaran langsung adalah tidak
sesuai jika pembelajaran memerlukan aktiviti penyiasatan dan penemuan. Contoh
bagi mata pelajaran sains yang memerlukan kajian ataupun eksperimen untuk
membuktikan kasahihan sesuatu projek yang dilakukan.
3.1 Langkah-Langkah Dalam Pengajaran Langsung
Diantara
lanfkah-langkah yang terdapat dapat pengajaran langsung ialah, guru memberitahu
objektif pembelajaran berorientasikan pelajar – hasil pembelajaran yang
dikehendaki dan faedah pembelajaran tersebut kepada pelajar. Selain daripada
itu, guru juga akan meninjau prasyarat yang diperlukan untuk memahami tajuk
yang hendak diajar kepada murid-muridnya manakala guru juga akan membentang
bahan baru yang merupakan pengajaran sebenar contohnya seperti
membentang maklumat, memberi contoh dan membuat demonstrasi kepada
murid-murid. Guru melaksanakan penyiasatan pembelajaran (learning probes)
disamping memberikan peluang untuk pelajar mempraktikan sendiri kemahiran dan
konsep yang baru mereka perolehi. Selepas itu, guru seterusnya meninjau
perlakuan pelajar mempraktik sendiri kemahiran baru dengan memberi
latihan atau kuiz sebagai peneguhan dan guru beri peluang pelajar praktis
konsep dan kemahiran baru dengan memberi latihan.
Menurut KENNY (1980) sesuatu
pembelajaran langsung itu mestilah mempunyai kompenen-kompenen seperti:
Matlamat jelas.
Matlamat jelas bermaksud sesuatu yang hendak diajar oleh guru tersebut perlulah
mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya jika guru itu mengejar subjek kajian
tempatan. Guru perlulah tahu apa matlamat yang ingi disampaikan melalui subjekk
yang ajarinya, contohnya melalui subjek kajian tempatan salah satu matlamat
ialah berkenaan dengan alam sekitar dan sebagainya. Selain daripada itu masa
juga perlulah mengcukupi bagi guru dalam melaksanakan proses p & p. sesuatu
isi yang hendak disampaikan mestilah luas. Hal ini kerana dengan penyampaian
isi yang luas pemikiran murid dapat dirangsang seterusnya murid dapat menjana
idea dengan sendiri. Guru juga perlu sedar mengenai soalan yang dibuat adalah
mengikut tahap murid. Pastikan tindak balas murid berkeadaan segera dan
matlamat pengajaran hendaklah berada di bawah kawalan guru.
Menurut HUITT (1996) beliau
berpendapat, melalui pembelajaran langsung, guru akan dapat mengajaran melalui satu pembentangan yang
efektif. Selain daripada itu guru juga Dapat menarik tumpuan pelajar agar
memberikan sepenuh tumpuan semasa proses p&p berlangsung. Guru dapat dedah
isi kandungan dengan lebih langjut, hal ini murid akan lebih memahami isi
kandungan yang dipelajari. Disamping mengajar, guru boleh memberi penyerapan
nilai2 motivasi kepada muridnya. Ilmu yang disampaikan guru juga bersesuaian
dengan murid, penerangan lebih tersusun, banyak contoh digunakan guru untuk
menambah kefahaman murid. Dan akhir sekali guru akan menguji kefahaman murid.
3.2
Implikasi Teori Pengajaran Langsung
Murid lebih
memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Dengan memilih bahan yang sesuai
mengikut tahap intelektual. Murid tidak akan rasa terbeban akan ilmu yang
dipelajarinya dan penguasaan terhadap ilmu murid menjadi lebih kompleks.
4.0
PEMBELAJARAN MASTERI
4.1
Definisi Pembelajaran Masteri
Menurut Bloom (1968), pembelajaran
masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam suatu perkara yang diajar. Pembelajaran
masteri juga berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid
boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan
untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Manakala munurut
Anderson dan Block (1975), pembelajaran masteri ialah satu set idea
dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar
secara konsisten . Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik,
membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang
mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang
jelas.
Pembelajaran masteri boleh
disimpulkan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam
suatu unit pembelajaran dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang
mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Pembelajaran
masteri wajar dilaksanakan kerana murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang
berbeza mengikut keupayaan masing-masing. Malahan juga, murid memerlukan
pendekatan pembelajaran yang sesuai dan berkesan di dalam kelas. Serta, murid
mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan oleh guru di
dalam kelas.
4.2
Prinsip Asas Dalam Pembelajaran Masteri
Terdapat empat prinsip-prinsip asas
di dalam pembelajaran masteri ini. Yang pertama ialah, murid-murid normal boleh
mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. Ini membolehkan murid-murid mempelajari
segala isi kandungan yang dipelajari. Yang kedua, pembelajaran dipecahkan
kepada beberapa unit kecil supaya murid –murid mudah menguasai subjek tersebut.
Secara tidak langsung, ini dapat memberi kefahaman kepada murid-murid.
Yang ketiga pula, murid memerlukan
masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
Guru perlu menyusun masa dengan teliti untuk memberi masa yang mencukupi bagi
murid-murid menguasai unit-unit kecil pembelajaran. Prinsip yang terakhir
ialah, arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran
mestilah jelas. Ini memberi kemudahan kepada pelajar untuk memahami isi
kandungan pengajaran guru.
4.3
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
Pembelajaran
masteri mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya ialah hasil pembelajaran
perlu ditentukan. Guru perlu menentukan matlamat pembelajaran sebelum memulakan
pengajaran di dalam kelas. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau
unit pembelajaran. Guru juga perlu menyusun aras kesusahan supaya memudahkan
murid-murid menguasai unit-unit kecil dalam pembelajaran. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan. Bersesuaian dengan
peringkat tumbesaran pelajar, mereka gemar kepada benda-benda yang menarik
minat mereka. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan kepada pemahaman
mereka terhadap pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Pembelajaran masteri juga mempunyai
penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK). Ini merupakan salah satu
ciri-ciri pembalajaran masteri. Ujian penilaian ini dilaksanakan berujuan untuk
mengetahui aras pemahaman murid-murid terhadap pengajaran yang telah
dilaksankan oleh guru. Guru perlulah menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkaitan di dalam pengajaran. Ini bertujuan
supaya isi kandungan pengajaran guru tidak terpesong dan songsang.
Murid perlu menguasai 80% aras
masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru. Dengan adanya ujian penilaian, guru bolehlah mengetahui
tahap pemahaman murid-murid terhadap isi pengajaran. Aktiviti pemulihan
dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. Ini membolehkan
pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran boleh mengikuti pembelajaran di dalam
kelas khas. Ia bertujuan supaya murid tersebut tidak ketinggalan jauh dalam
pembelajaran berbanding rakan-rakannya. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk
murid yang telah mencapai aras masteri. Latihan diberikan oleh guru kepada
pelajar yang telah mencapai aras masteri.
4.4
Langkah-langkah Pembelajaran Masteri
Bagi melaksanakan Pembelajaran
Masteri, guru-guru perlulah mengikuti empat langkah yang telah disediakan bagi
memudahkan guru tersebut menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antara langkah-langkah yang perlu diikut ialah :
a)
Penentuan hasil pembelajaran.
b)
Pengajaran dan pembelajaran.
c)
Penilaian.
d)
Tindakan susulan.
4.4.1
Penentuan Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran merupakan
objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit
pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan bagi mengenal pasti apa yang
perlu dikuasai oleh murid. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai
sesuatu perkara sebelum berpindah kepada perkara yang baru. Memberi tumpuan
dalam penguasaan hasil pembelajaran. Guru perlu memberi penekanan kepada apa
yang perlu pelajar kuasai di dalam sesuatu subjek. Merancang pelbagai kaedah
dan bahan bantu belajar. Ini memudahkan menarik minat pelajar untuk belajar dan
memberi pembaharuan kepada aktiviti pengajaran guru. Secara tidak langsung, ia
membantu membina ujian formatif dan sumatif.
Hasil pembelajaran dinyatakan oleh
guru berdasarkan sukatan pelajaran yang telah diberikan oleh guru. Guru hanya
perlu mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hasil pembelajaran
dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.
Guru harus mengajar pelajar mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.
4.4.2
Penentuan Pengajaran Dan Pembelajaran
Semasa merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, guru harus mengambil kira perkara-perkara seperti kebolehan
dan keupayaan murid adalah berbeza-beza. Ini bermakna, guru harus memahami
kebolehan setiap murid di dalam kelasnya. Oleh yang demikian, guru perlulah
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, ini
dapat memberi faedah kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Guru juga
harus menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti komputer riba, projektor,
bahan bantu mengajar dan sebagainya di dalam aktiviti pengajaran. Guru harulah
menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan
sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Sahsiah seseorang murid mempengaruhi
gaya pembelajaran. Justeru guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi
merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan. Kaedah dan bahan pengajaran perlu dipelbagaikan
dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan
menghayati kandungan pelajaran. Secara tidak langsung, ia juga memberi
kemudahan kepada guru tersebut. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna
dan menyeronokkan. Ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada murid-murid.
Terdapat dua pendekatan yang boleh
digunakan iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Di dalam pendekatan
yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan ialah seperti penerangan,
penjelasan, memberi nota, demonstrasi dan sebgainya. Manakala, di dalam
pendekatan berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan ialah seperti
bercerita, bacaan, latih tubi, inkuiri penemuan, sumbang saran, projek dan
sebagainya.
4.4.4
Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk
mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian
juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam pembelajaran masteri bertujuan
untuk mengesan pencapaian murid di dalam pembelajaran. Ia juga bertujuan
mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah di dalam pembelajaran.
Guru boleh mengenal pasti para pelajar sama ada hasil pembelajaran sudah atau
belum dikuasai sepenuhnya. Secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti
sebab-sebab kelemahan murid di dalam sesuatu unit pembelajaran. Seterusnya,
guru dapat menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri
perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini
berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).
Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan
kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penilaian Pembelajaran Masteri boleh
dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran dan
pembelajaran iaitu di dalam kelas guru bertanya terus kepada murid-murid. Ia
juga boleh dilakukan semasa sesuatu unit pemmbelajaran dan yang terakhir iaitu
selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir
tahun. Penilaian dalam Pembelajaran Masteri
meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid.
4.4.5
Tindakan Susulan
Tindakan susulan dalam pembelajaran
masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal
pasti. Aktiviti susulan ini bertujuan memastikan kelemahan murid tidak
terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Hal ini dapat memberi
kesan negatif kepada pelajar tersebut di dalam pembelajarannya. Ia juga
bertujuan memperkukuhkan dan
mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.
Tindakan susulan boleh dilakukan
melalui aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan iaitu pengukuhan dan
pengembangan ataupun senang dikenali sebagai latihan. Aktiviti pemulihan
merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras
masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang
telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Antara contoh aktiviti pemulihan
mengajar semula mengguna kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan
yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, mempermudah
dan mempelbagaikan latihan dan sebagainya.
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk
murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi
memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih
mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid,
menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir dan
meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti
pengayaan iaitu aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengembangan.
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk
memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit
pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan ialah
memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai
bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik
seperti peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota dan
banyak lagi.
Aktiviti pengembangan bertujuan
untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran
yang sama. Aktiviti pengembangan ini boleh dijalankan oleh murid secara terarah
kendiri. Contoh aktiviti pengembangan ialah membuat projek, membuat tugasan dan
membuat kajian. Dalam menjalankan aktiviti pengembangan kemahiran yang boleh
dipertingkatkan adalah : membuat pemerhatian, mengumpul data, mengakses
maklumat, membanding, mengklasifikasi, meringkas, merekod, mentafsir, membuat
keputusan, membuat andaian, menganalisis, melapor dan menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment