PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Sunday, 28 November 2010

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Definisi
Interaksi ~ satu process saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lan dengan alam sekitarnya.
Bilik darjah ~ tempat process pengajaran dan pembelanjaran berlaku.


CONTOH-CONTOH INTERAKSI
Contoh–contoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:
(i) Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.
(ii) Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.
(iii) Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.
(iv) Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu persembahan Power Point.

Menurut Flander(1970), terdapat tigajenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:
(a) interaksi di antara individu
(b) interaksi di antara dengan alam sekitar.

Interaksi di antara individ dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga Jenis iaitu:-

(a) Percakapan guru

(i) Pengaruh langsung
~ secara bersyarah (memberi arahan & mengkritik)
~ adalah satu hala sahaja & penglibatan murid-murid adalah pada tahap minima.
(ii) Pengaruh Tidak langsung
~ Secara menyoal (menerima perasaan & memberikan dorongan)
~ untuk membina suasana interaksi yang positif di dalam bilik darjah.


(b) Percakapan murid

Pelbagai hala
~ Terdiri daripada tndas balas & respon murid
di mana mereka mengambil inisiatif sendiri
untuk melibatkan diri dalam process
pengajaran dan pembelanjaran.
~ Terdapat perbincangan sktif antara guru
dengan murid & murid dengan murid.

(c) Kesenyapan

~ Secara senyap (kerana kekeliruan berlaku di
antara pihak guru dan murid)
~ Untuk memhentikan gangguan komunikasi di
antara guru murid

Interaksi Dalam Bilik Darjah

Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;
  • Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran
  • Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah

Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian (RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada maklumat yang tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam pendidikan jarak jauh, interaksi terbahagi kepada dua peringkat iaitu guru menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk cetakan atau media lain untuk dikirimkan kepada pelajar dan peringkat kedua ketika guru berinteraksi dengan pelajar melalui media tertentu seperti surat, email atau peralatan telekomunikasi seperti sidang audio, audio grafik, video dan komputer. Moore (1989) juga menyatakan terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi antara:

  • Murid dengan isi kandungan pelajaran
  • Murid dengan guru
  • Murid dengan murid lain (atau rakan sebaya)

Hillman et. al. (1994) menambah satu lagi jenis interaksi supaya murid dapat berinteraksi dengan isi kandungan, guru dan pelajar lain iaitu interaksi antara:

  • Murid dengan media teknologi

Pelajar dewasa juga perlu menyedari peranan masing-masing semasa mengikuti kursus. Mereka harus bertanggung jawab terhadap amanah yang dipikul semasa mengikuti kursus. Pembahagian masa antara belajar dan bekerja serta belajar dan tanggungjawab sosial (rumah tangga dan keluarga) perlu dilaksanakan dengan bijak. Luangkan masa supaya interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah dan menengah rendah.

REFLEKSI

Definisi Refleksi

Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik.

Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100–101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.

Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan –cadangan bagi mencari jalan keluar.

Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya.

Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

2. PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.

Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan . Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.

Laporan Fenn Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Laporan Pendidikan

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-

a) Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :-

# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
# Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama .
# Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

b) Laporan Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
# Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
# Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah , menengah,dan menengah atas
# Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir .
# Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

c) Laporan Kabinet (1979 )
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-

# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
# Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan.
# Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.
# Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
# Pendidikan kerohanian yang kukuh.
# Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.


PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arab pencapaian matlamat dasar ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-. Membasmi kemiskinan.. Menyusun semula masyarakat Malaysia.

Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat .

TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.

Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)
Objektif pelajaran mengikut DEB:-

- Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.- Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara. - Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi .- Menyediakan peluang - peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat.- Memperbaiki usaha penyelidikan ,perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.

Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru .

Rancangan Malaysia pertama (1956-1970 )

Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang lebih baik diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar vokasional, teknik dan seni.

Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975 )

Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan negara. Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat. Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi. Selain itu membaiki keupayaan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai tujuan rukun negara.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980 )

Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi keselamatan negara. Tujuan-tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:-

1) Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat . - Pembentukan keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah . - Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama. - Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.

2) Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi .

3) Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan negara .

4) Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut .

5) Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju , perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut :-

a)Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level.

b) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.

c) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing - masing. Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar, lepasan SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah. Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:-
* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.
* Kampus Cawangan universiti luar negara
* Pusat Pengajian Jarak Jauh .

Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti.
Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan program-program berikut.;-

Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan , pengajian kreatif , teknikal , atau vokasional ,pelancongan, Teknologi maklumat,seni bina dan program berteknologi tinggi .

Kursus peringkat sarjana muda ,melalui kerjasama antara kolej swasta dan institusi tinggi luar negari . Kursus -kursus ini adalah seperti program berkembar ,program pindahan kredit , program advanced setanding ,program jarak jauh dan program bersama.

Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar seperti ACCA, CIMA, ICSA,AIA, ABG, AAT . Selain itu lnstitusi swasta juga menjalankan kursus menengak / pra universiti seperti STPM, GCE , A- Level, Lcci SAM (Australia) dan BTECHNO (UK).

Pada tahun 1998, kerajaan jugamembenarkan Monash University, Australia membuka cawangan di negara kita kampus cawangan kita terletak di Kampus Sunway College.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan status universiti @ kolej universiti . Institusi dalam kategori ini telah mendapat status universiti dari kementerian pendidikan di bawah akta Institusi pendidikan tinggi swasta 1996.

Pada tahun 1997 , universiti berikut telah ditubuhkan :-
I) Universiti Telekom di Melaka dan Cyberjaya , Selangor .
2) Universiti Tenaga Nasional di Bangi , Selangor .
3) Universiti Teknologi Petronas di Tronoh , Perak

4) Universiti Sains Dan Teknologi Malaya di Ulu Bemam, Selangor . Selain universiti tersebut, beberapa universiti dalam perancangan ialah Universiti Komenwel , Universiti Multimedia, dan Universiti Teknologi Islam Malaysia.
Sekolah Bestari . Pendidikan untuk: sebuah Masyarakat Bestari .

Satu lagi perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan kita ialah penubuhan Sekolah Bestari. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteripendidikan (ketika itu) . Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia, malahan untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif serta inovatif dalam pemikiran . Disamping itu, mereka diharapkan dapatmemperolehkan teknologi barn serta berupaya menguruskan ledakan maklumat. Mulai Januari 1999, konsep sekolah Bestari akan dilaksanakan di 90 buah sekolah . Lima tujuan Sekolah Bestari ialah ;-

I) Menggalakkan perkembangan menyeluruh sesorang individu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani .

II) Menyediakan peluang- peluang untuk seseorang individu memperkembangkan kekuatan dan kebolehannya .

III) Menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang berfikiran kreatif serta berilmu dalam bidang teknologi

IV) Mendekmorasikan pendidikan agar etiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar .

V) Membolehkan ibu bapa ,komuniti dan pihak swasta menyertai proses pendidikan.Teknologi maklumat merupakan unsur utama dalam pelaksanaan kesemua strategi serta didokong oleh individu ,kemahiran dasar ,dan proses yang bersesuaian. Teknologi maklumat akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang baru dan network pendidikan untuk menghubungkan semua sekolah Bestari .

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

ALIRAN-ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN

1. ESENSIALISME

Esensialisme adalah pendidikan yang di dasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri utama yang berbeda dengan progresivisme. Perbedaannya yang utama ialah dalam memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibilitas, di mana serta terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak ada keterkaitan dengan doktrin tertentu. Esensialisme memandang bahwa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki kejelasan dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai tata yang jelas.
Idealisme dan realisme adalah aliran filsafat yang membentuk corak esensialisme. Dua aliran ini bertemu sebagai pendukung esensialisme, akan tetapi tidak lebur menjadi satu dan tidak melepaskan sifatnya yang utama pada dirinya masing-masing.Dengan demikian Renaissance adalah pangkal sejarah timbulnya konsep-konsep pikir yang disebut esensialisme, karena itu timbul pada zaman itu, esensialisme adalah konsep meletakkan sebagian ciri alam pikir modern. Esensialisme pertama-tama muncul dan merupakan reaksi terhadap simbolisme mutlak dan dogmatis abad pertengahan. Maka, disusunlah konsep yang sistematis dan menyeluruh mengenai manusia dan alam semesta, yang memenuhi tuntutan zaman

Tokoh-tokoh Esensialisme1. Georg Wilhelm Friedrich Hegel (1770 – 1831)Georg Wilhelm Friedrich HegelHegel mengemukakan adanya sintesa antara ilmu pengetahuan dan agama menjadi suatu pemahaman yang menggunakan landasan spiritual.
2. George SantayanaGeorge Santayana memadukan antara aliran idealisme dan aliran realisme dalam suatu sintesa dengan mengatakan bahwa nilai itu tidak dapat ditandai dengan suatu konsep tunggal, karena minat, perhatian dan pengalaman seseorang menentukan adanya kualitas tertentu.
Pandangan Esensialisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan

1. Pandangan Essensialisme Mengenai Belajar
Idealisme, sebagai filsafat hidup, memulai tinjauannya mengenai pribadi individu dengan menitik beratkan pada aku. Menurut idealisme, bila seorang itu belajar pada taraf permulaan adalah memahami akunya sendiri, terus bergerak keluar untuk memahami dunia obyektif. Dari mikrokosmos menuju ke makrokosmos.
belajar dapat didefinisikan sebagai jiwa yang berkembang pada sendirinya sebagai substansi spiritual. Jiwa membina dan menciptakan diri sendiri.

2.Pandangan Essensialisme Mengenai KurikulumBeberapa tokoh idealisme memandang bahwa kurikulum itu hendaklah berpangkal pada landasan idiil dan organisasi yang kuat


2. PROGRESIVISME

Progresivisme adalah suatu gerakan dan perkumpulan yang didirikan pada tahun 1918. Aliran ini berpendapat bahwa pengetahuan yang benar pada masa kini mungkin tidak benar di masa mendatang. Pendidikan harus terpusat pada anak bukannya memfokuskan pada guru atau bidang muatan. Beberapa tokoh dalam aliran ini : George Axtelle, William O. Stanley, Ernest Bayley, Lawrence B. Thomas dan Frederick C. Neff.

Progravisme mempunyai konsep yang didasari oleh pengetahuan dan kepercayaan bahwa manusia itu mempunyai kemampuan-kemampuan yang wajar dan dapat menghadapi dan mengatasi maslah-masalah yang bersifat menekan atau mengancam adanya manusia itu sendiri (Barnadib, 1994:28). Oleh karena kemajuan atau progres ini menjadi suatu statemen progrevisme, maka beberapa ilmu pengetahuan yang mampu menumbuhkan kemajuan dipandang merupakan bagian utama dari kebudayaan yang meliputi ilmu-ilmu hayat, antropologi, psikologi dan ilmu alam.

Progresivisme berpendapat tidak ada teori realita yang umum. Pengalaman menurut progresivisme bersifat dinamis dan temporal; menyala. tidak pernah sampai pada yang paling ekstrem, serta pluralistis. Menurut progresivisme, nilai berkembang terus karena adanya pengalaman-pengalaman baru antara individu dengan nilai yang telah disimpan dalam kehudayaan. Belajar berfungsi untuk :mempertinggi taraf kehidupan sosial yang sangat kompleks. Kurikulum yang baik adalah kurikulum yang eksperimental, yaitu kurikulum yang setiap waktu dapat disesuaikan dengan kebutuhan.

Progresvisme merupakan pendidikan yang berpusat pada siswa dan memberi penekanan lebih besar pada kreativitas, aktivitas, belajar "naturalistik", hasil belajar "dunia nyata" dan juga pengalaman teman sebaya

Tokoh-tokoh Progresivisme

William James (11 Januari 1842 – 26 Agustus 1910)
James berkeyakinan bahwa otak atau pikiran, seperti juga aspek dari eksistensi organik, harus mempunyai fungsi biologis dan nilai kelanjutan hidup. Dan dia menegaskan agar fungsi otak atau pikiran itu dipelajari sebagai bagian dari mata pelajaran pokok dari ilmu pengetahuan alam. Jadi James menolong untuk membebaskan ilmu jiwa dari prakonsepsi teologis, dan menempatkannya di atas dasar ilmu perilaku.
John Dewey (1859 - 1952)

Teori Dewey tentang sekolah adalah "Progressivism" yang lebih menekankan pada anak didik dan minatnya daripada mata pelajarannya sendiri. Maka muncullah "Child Centered Curiculum", dan "Child Centered School". Progresivisme mempersiapkan anak masa kini dibanding masa depan yang belum jelas
Hans Vaihinger (1852 - 1933)
Hans VaihingerMenurutnya tahu itu hanya mempunyai arti praktis. Persesuaian dengan obyeknya tidak mungkin dibuktikan; satu-satunya ukuran bagi berpikir ialah gunanya (dalam bahasa Yunani Pragma) untuk mempengaruhi kejadian-kejadian di dunia. Segala pengertian itu sebenarnya buatan semata-mata; jika pengertian itu berguna. untuk menguasai dunia, bolehlah dianggap benar, asal orang tahu saja bahwa kebenaran ini tidak lain kecuali kekeliruan yang berguna saja.

Pandangan Progesivisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan

Anak didik diberikan kebebasan baik secara fisik maupun cara berpikir, guna mengembangkan bakat dan kemampuan yang terpendam dalam dirinya, tanpa terhambat oleh rintangan yang dibuat oleh orang lain, Oleh karena itu filsafat progressivisme tidak menyetujui pendidikan yang otoriter. Sebab, pendidikan otoriter akan mematikan tunas-tunas para pelajar untuk hidup sebagai pribadi-pribadi yang gembira menghadapi pelajaran. Dan sekaligus mematikan daya kreasi baik secara fisik maupun psikis anak didik.filsafat progresivisme menghendaki jenis kurikulum yang bersifat luwes(fleksibel) dan terbuka. Jadi kurikulum itu bisa diubah dan dibentuk sesuai dengan zamannya.Sifat kurikulumnya adalah kurikulum yang dapat direvisi dan jenisnya yang memadai, yaitu yang bersifat eksperimental atau tipe Core Curriculum.Kurikulum dipusatkan pada pengalaman atau kurikulum eksperimental didasarkan atas manusia dalam hidupnya selalu berinteraksi didalam lingkungan yang komplek.
Progresivisme tidak menghendaki adanya mata pelajaran yang diberikan terpisah, melainkan harus terintegrasi dalam unit. Dengan demikian core curriculum mengandung ciri-ciri integrated curriculum, metode yang diutamakan yaitu problem solving.Dengan adanya mata pelajaran yang terintegrasi dalam unit, diharapkan anak dapat berkembang secara fisik maupun psikis dan dapat menjangkau aspek kognitif, afektif, maupun psikomotor.

3. PERENIALISM
Perenialisme merupakan suatu aliran dalam pendidikan yang lahir pada abad kedua puluh. Perenialisme berasal dari kata perennial yang berarti abadi, kekal atau selalu. Perenialisme lahir sebagai suatu reaksi terhadap pendidikan progresif. Perenialisme menentang pandangan progresivisme yang menekankan perubahan dan sesuatu yang baru. Jalan yang ditempuh oleh kaum perenialis adalah dengan jalan mundur ke belakang, dengan menggunakan kembali nilai nilai atau prinsip prinsip umum yang telah menjadi pandangan hidup yang kuat, kukuh pada zaman kuno dan abad pertengahan.

Pandangan perenialisme tentang pendidikan

Kaum perenialis berpandangan bahwa dalam dunia yang tidak menentu dan penuh kekacauan serta mambahayakan tidak ada satu pun yang lebih bermanfaat daripada kepastian tujuan pendidikan, serta kestabilan dalam perilaku pendidik. Mohammad Noor Syam (1984) mengemukakan pandangan perenialis, bahwa pendidikan harus lebih banyak mengarahkan pusat perhatiannya pada kebudayaan ideal yang telah teruji dan tangguh. Perenialisme memandang pendidikan sebagai jalan kembali atau proses mengembalikan keadaan manusia sekarang seperti dalam kebudayaan ideal.

Beberapa pandangan tokoh perenialisme terhadap pendidikan:
1. Program pendidikan yang ideal harus didasarkan atas paham adanya nafsu, kemauan, dan akal (Plato)
2. Perkemhangan budi merupakan titik pusat perhatian pendidikan dengan filsafat sebagai alat untuk mencapainya ( Aristoteles)
3. Pendidikan adalah menuntun kemampuan-kemampuan yang masih tidur agar menjadi aktif atau nyata. (Thomas Aquinas)

Tokoh-tokoh Perenialisme

Plato.
Tujuan utama pendidikan adalah membina pemimpin yang sadar akan asas normative dan melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan
Aristoteles. Ia menganggap penting pembentukan kebiasaan pada tingkat pendidikan usia muda dalam menanamkan kesadaran menurut aturan moral
Thomas Aquinas. Thomas berpendapat pendidikan adalah menuntun kemampuan-kemampuan yang masih tidur menjadi aktif atau nyata tergantung pada kesadaran tiap-tiap individu. Seorang guru bertugad untuk menolong membangkitkan potensi yang masih tersembunyi dari anak agar menjadi aktif dan nyata

4. REKONSTRUKSIONISME
Kata rekonstruksionisme dalam bahasa Inggeris rekonstruct yang berarti menyusun kembali. Dalam konteks filsafat pendidikan, aliran rekonstruksionisme adalah suatu aliran yang berusaha merombak tata susunan lama dan membangun tata susunan hidup kebudayaan yang bercorak modern. Aliran rekonstruksionisme, pada prinsipnya, sepaham dengan aliran perenialisme, yaitu hendak menyatakan krisis kebudayaan modern. Kedua aliran tersebut, aliran rekonstruksionisme dan perenialisme, memandang bahwa keadaan sekarang merupakan zaman yang mempunyai kebudayaan yang terganggu oleh kehancuran, kebingungan dan kesimpangsiuran
proses dan lembaga pendidikan dalam pandangan rekonstruksionisme perlu merombak tata susunan lama dan membangun tata susunan hidup kebudayaan yang baru, untuk mencapai tujuan utama tersebut memerlukan kerjasama antar ummat manusia.

Tokoh-tokoh Rekonstruksionisme

Rekonstruksionisme dipelopori oleh George Count dan Harold Rugg pada tahun 1930, ingin membangun masyarakat baru, masyarakat yang pantas dan adil. Beberapa tokoh dalam aliran ini: Caroline Pratt, George Count, Harold Rugg

Pandangan Rekonstruksionisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan

Aliran rekonstruksionisme berkeyakinan bahwa tugas penyelamatan dunia merupakan tugas semua umat manusia atau bangsa. Karenanya pembinaan kembali daya inetelektual dan spiritual yang sehat akan membina kembali manusia melalui pendidikan yang tepat atas nilai dan norma yang benar pula demi generasi sekarang dan generasi yang akan datang, sehingga terbentuk dunia baru dalam pengawasan umat manusia.Kemudian aliran ini memiliki persepsi bahwa masa depan suatu bangsa merupakan suatu dunia yang diatur, diperintah oleh rakyat secara demokratis dan bukan dunia yang dikuasai oleh golongan tertentu. Sila-sila demokrasi yang sungguh bukan hanya leori tetapi mesti menjadi kenyataan, sehingga dapat diwujudkan suatu dunia dengan potensi-potensi teknologi, mampu meningkatkan kualitas kesehatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta keamanan masyarakat tanpa membedakan warna kulit, keturunan, nasionalisme, agama (kepercayaan) dan masyarakat bersangkutan.

TEORI BEHAVIORIS (WATSON)

Teori pelaziman klasik Watson


Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran.

- beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak –kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

- Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak –kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak –kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak –kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Eadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak –kanak tersebut pada tikus putih.


- Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.

- Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.
Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...