PESANAN

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI BAWAH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot

SILA ADD FOLOW DI BAWAH SEBELUM MENGAMBIL NOTA

Thursday, 17 March 2011

FITRAH MANUSIA

PENGERTIAN FITRAH MANUSIA

Mengikut Kamus Dewan (1998) perkataan fitrah berasal daripada Bahasa Arab yang membawa erti sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan

Fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat insan yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.

Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.

Rogers (1951) menyatakan manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik

Ini bererti fitrah merupakan:
i.Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.
ii.Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan merangkumi aspek potensi, bakat semulajadi, keupayaan mental dan fizikal.

PERSPEKTIF AGAMA
Menurut tokoh Islam, fitrah manusia merujuk kepada satu ketetapan dan pemberian tuhan sejak lahir berlandaskan aspek-aspek seperti bakat, mental, emosi dan fizikal.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi.

Akal yang dikurniakan oleh Tuhan membezakan kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini.

Ini bererti agama Islam percaya manusia yang dijadikan di dunia ini mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut kejadiannya iaitu:

(a)Kehidupan beragama
Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah S.W.T hanyalah Islam”
(Surah Al Imran : 19)

Dengan mengenali pencipta Nya, manusia akan mensyukuri keunikan kejadian manusia dan menyebabkannya menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.

ASPEK PENTING DALAM POTENSI MANUSIA

1.Perkembangan Intelek
~ dapat dilihat daripada daya pemikiran, cara seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah, merka cipta dan kebolehan menaakul.

2. Perkembangan Rohani
~ merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi individu.

3. Perkembangan Sosial
~ hubungan individu dengan orang lain. Tingkah laku dan budi pekerti yang baik membolehkan individu tersebut diterima baik oleh orang lain.

4. Perkembangan Emosi
~ dapat dilihat sebagai suatu keadaan dimana seseorang itu dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain dan berupaya mencapai kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

5. Perkembangan Jasmani
~ kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk kemahiran psikomotor dalam aktiviti permainan dan bersukan.

FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI

Manusia dilahirkan dengan mempunyai keunikkan tersendiri dan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah s.a.w.

Manusia mempunyai keunikkan meliputi seluruh bidang kehidupan (ekonomi, sosial, pendidikan agama, budaya)

Fitrah manusia dari pespektif biologi melibatkan aspek-aspek genetik, iaitu :
1.Baka
2.Faktor persekitaran

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

DEFINISI PSIKOLOGI

Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba ‘psyche’ dan ‘logos’.
‘Psyche’ bermaksud jiwa/minda.
‘Logos’ bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran/jiwa yg dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan organisme).
Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa seseorang.

“Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”

“The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour or the influence of a particular person’s character on their behaviour”.
(Penelitian ilmiah dari jalan fikiran manusia bekerja dan bagaimana hal itu mempengaruhi perilaku atau pengaruh karakter orang tertentu tentang perilaku mereka ".
(Cambridge International Dictionary of English, p.383).

“Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”.
(Henry L. Roediger dan rakan,1984).

“Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman”.
(Kalat,1999).

“Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti”. (Williams, 1960).

“Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology).

Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

Psikologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik mengenai tingkahlaku manusia dan haiwan secara nyata dan selindung.

Tingkah laku meliputi semua perkara yang dilakukan oleh manusia atau haiwan yang boleh diperhati dan diukur secara langsung atau tidak langsung. Tingkah laku termasuk perasaan, sikap dan pemikiran.

Definisi Psikologi Pendidikan

Sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.(Atan Long, 1976)

Kajian saintifik ttg tingkah laku individu dalam pendidikan serta mengandungi prinsip-prinsip dan kaedah p & p untuk menyelesaikan masalah-masalah pendidikan. (Smith, 1978)

Rumusan : Kajian ttg perlakuan manusia dalam proses p&p spt perkembangan manusia, pembelajaran, ingatan, motivasi,pgurusan bd dan pengujian dan penilaian.

Psikologi ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku manusia.

Pendidikan adalah profesion yg mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran pembelajaran utk digunakan di sekolah.

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia dlm proses pengajaran dan pembelajaran dlm bilik darjah.

Borich dan Tambori(1997),
Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yg memfokuskan kajiannya kpd pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dlm bilik darjah.

Clifford,1984 (dlm Henson dan Eller, 1999),
Psikologi pendidikan ialah “applying the methods of psychology to studying the process of education”.

Grinder(1981),
Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dlm situasi bilik darjah.

Tugas ahli psikologi pendidikan ialah mengaplikasi prinsip psikologi kpd pendidikan dan di sepanjang kerjayanya, mengkaji pelajar, proses belajar dan strategi pengajaran utk meningkatkan pembelajaran.

Kesimpulannya:
Psikologi pendidikan amat berguna bagi guru utk tujuan memahami tingkah laku pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

TUJUAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI

Memahami(memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar dlm proses pengajaran dan pembelajaran.

Meramalkan tingkah laku gantian yg mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.

Menurut Abd. Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin(1997), matlamat ahli psikologi
tertumpu kpd empat bidang iaitu:
Memerihalkan(describe),
Menerangkan(explain),
Mengawal(control) dan
Meramalkan(predict) sesuatu perlakuan.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI KEPADA GURU
Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian,
- membantu pelajar memahami diri mereka,
- membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai dgn pelajar
- merumuskan langkah supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan objektif pembelaran yg telah ditetapkan.

Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta menghubungkaitkan dgn proses p&p dalam bilik darjah. Guru dapat meranca ng strategi p&p yang sesuai dan berkesan untuk kumpulan kanak-kanak yang berlainan. Guru boleh menggunakan teknik-teknik p&p yang sejajar dgn kognitif kanak-kanak.

Membolehkan guru meramal tingkah laku dan kegemaran pelajar pada peringkat umur
tertentu, serta
- merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan mereka.

Membolehkan guru mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi,
- merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan mereka.
- Membolehkan guru mereka cipta soal selidik utk mengenal pasti tahap perkembangan pelajar dan menyediakan program yg sesuai utk meningkatkan prestasi.

.Memahami tingkahlaku murid melalui pemahaman teori dan prinsip psikologi pendidikan.Guru dapat meramal, menelah dan mengawal tingkah laku murid.

.Memotivasi murid-murid dalam proses pembelajaran.

.Memahami perbezaan individu murid dari segi kognitif, bakat, minat dan keperluan.

.Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah.

- Data dan maklumat yg diperolehi dari penyelidikan berkaitan isu dlm pendidikan membolehkan guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

- Membolehkan guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar dan membantu mereka membentuk konsep kendiri yg positif.

Tuesday, 15 March 2011

NOTA KULIAH 12.3.2011 KDPM SABK

KEMAHIRAN MENGAJAR DLM PNG MIKRO & PENILAIANNYA

KEMAHIRAN PERMULAAN / SET INDUKSI
- Perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya sedia belajar dan berfikir ttg apa yg disampaikan guru.

Objektif set induksi ;
a. Mendapat perhatian murid
b. Memotivasikan murid
c. mencadangkan cara-cara menjalankan tugas
d. Menyatakan had tugas yg akan dilaksanakan
e. Mengaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid.

Komponen Utama dalam Set Induksi

Menarik perhatian

Mengubah nada suara, menggunakan ABM, kontak mata, gerak isyarat, mengubah interaksi antara guru dgn murid.

Mewujudkan motivasi
mewujudkan unsur suspense, menunjukkan sesuatu yg menghairankan, aktiviti menyeronokkan, menimbulkan rasa ingin tahu murid. Wujud rasa mesra, cerita dll.

Menstruktur
Beritahu cara @ tugas yg akan dijalankan. Guna soalan yg berkaitan.
Membuat perkaitan

Cuba buat perkaitan di antara pelajaran baru dgn pengetahuan sedia ada murid. Membandingbeza dgn perkara biasa, peristiwa semasa yg diminati murid.



2. Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Objektif ;
Menarik serta mengekalkan perhatian murid kpd bahan pengajaran.
Menjelaskan sesuatu konsep.
Mewujudkan disiplin yg baik.
Menggalakkan pemikiran produktif di kal. Murid-murid.

Komponen Kemahiran
Kejelasan – Tulisan harus terang dan saiz sesuai, lurus dgn jarak antara huruf, jarak antara perkataan.
Susunan – Bahagikan ruang nota dan gambarajah.
Penonjolan – guna warna yg menarik, menggaris @ bulatkan perkataan.
Teknik persembahan – libatkan murid dgn cara meminta mereka melukis, menamakan, melabel dll.


3. Kemahiran variasi ransangan

Objektif ;
Mewujud dan mengekalkan perhatian @ minat murid.
Melibatkan pelajar dalam pembelajaran.
Menyediakan peluang murid menggunakan deria mereka
Menyediakan peluang utk memuaskan perasaan ingin tahu murid melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan.

Komponen Kemahiran
Pergerakan – guru bergerak kiri kanan belakang depan.
Pergerakan anggota – guna tangan, kepala, badan dll.
Perubahan pertuturan – variasi tone suara.
Perubahan fokus deria – guna pita rakaman, slaid.
Bentuk penglibatan lisan murid – soal jawab refleksi, perbincangan.
Bentuk penglibatan fizikal murid – lakonan, main peranan, simulasi, melukis dll.


4. Kemahiran penyoalan

Objektif ;
Melibatkan murid secara aktif dlm P n P.
Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid.
Memusatkan pemerhatian murid kpd satu konsep yg khusus
Menggalakkan murid menyoal.
Menolong perkembangan daya pemikiran murid.

Komponen Kemahiran
Pembentukan soalan – bentuk soalan ringkas, tepat, jelas, mudah difahami murid.
Fokus – soalan yg dibentuk boleh menumpukan kpd satu idea.
Alih hala soalan – setelah dapat jawapan murid, alih hala soalan sama kpd seluruh kelas.
Sebaran – sebarkan soalan kpd seluruh kelas.
Hentian – stelah beri soalan berhenti seketika utk murid berfikir.
Melayani jawapan murid – layan dgn baik, cuba baiki, beritahu jwp salah dgn jelas.

Membantu dgn memberi petunjuk – bantu murid lemah dgn beri petua.
Mencungkil – soal murid sehingga mendapat jawapan tepat.

Aras penyoalan;
Ingatan kembali – kemuka soalan pelajaran lepas yg berkaitan.
Kefahaman - kefahaman murid mengenai sesuatu diuji oleh soalan.
Aplikasi – memerlukan murid mengaplikasikan apa yg dipelajari.
Analisis – memerlukan murid mengkaji bukti, mengiterpretasikan hasil dan membuat huraian daripada hasil kajian.
Sintesis – memerlukan murid menjalankan aktiviti kreatif seperti mengarang, menulis puisi, sajak @ cerita.
Penilaian – memerlukan murid memberi hujah mengenai sesuatu idea serta memberi bukti yg menyokong keputusan yg dibuat.



5. Kemahiran pengukuhan

Objektif ;
Menimbul dan mengekalkan perhatian murid.
Menggalakkan murid mengambil bahagian dlm pelajaran.
Meninggikan tahap prestasi murid.

Komponen Kemahiran
Lisan positif - kata baik, bagus, ya, betul, cadangan yg baik dll.
Gerak isyarat positif – senyuman, anggukan kepala, menepuk tangan dll.
Dampingan – mendekati, berdiri di sebelah, duduk di sisi.
Sentuhan – menyentuh kepala, bahu, bah. tubuh badan.
Penggunaan jawapan murid – guna jwpan murid sekira sempurna.
Lisan negatif – kata-kata bukan, salah, tidak @ menyindir.
Gerak isyarat negatif – geleng kepala, renung marah.




6. Kemahiran penerangan

Objektif ;
Menjelaskan satu satu isu.
Membolehkan murid menghuraikan satu satu proses.
Membolehkan murid menaakul sebab-sebab berlalunya sesuatu peristiwa.

Komponen Kemahiran
Arah permulaan – membolehkan guru menimbul serta mengekalkan minat murid thd pelajaran yg disampaikan.
Kemahiran ilustrasi – semasa menerang guna contoh yg menarik dan mencukupi serta relevan dgn tajuk.
Penyusunan idea – penerangan bermula dari mudah kpd kompleks dan dari konkrit kpd abstrak.
Penutup – guru boleh menyatakan semula isi penting yg terkandung di dalam penerangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...